Tuesday, June 30, 2009

>> SATU oleh Dato' Siti Nurhaliza <<


1. Entry mengenai konsert ini mungkin agak terlewat berbanding ulasan di dada akhbar dan blog2 lain yang ada but better late than never!

2. Peluang untuk menonton konsert ini pada malam pertama bersama seorang rakan merupakan satu pengalaman yang cukup indah (sebenarnya nak tengok on the final nite tapi tiket dah abes). Sememangnya kehebatan beliau sebagai seorang anak seni kebanggaan negara memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Lontaran vokal yang cukup mantap diiringi oleh visual grafik indahyang melatari persembahan beliau, membuatkan para penonton tidak mahu berganjak dari kerusi menikmati persembahan mewah pada malam itu. Lebih daripada berbaloi membayar tiket berharga RM180.00 untuk menonton konsert ekslusif ini.

3. Rasanya tiada apa yang boleh diucapkan lagi mengenai kehebatan anak kelahiran Kuala Lipis ini dalam memberikan "yang terkini" dari sanubari beliau. Paling menyentuh hati, apabila Panggung Sari berjeda seketika tatkala si biduanita muda ini sebak mengenangkan pemergian arwah Hj. Taruddin yang selama ini merupakan tiang seri kecemerlangan 14 tahun perjalanan seninya itu.

4. Apa pun, syabas Dato' Siti kerana telah meletakkan satu lagi tanda aras persembahan mewah dan ekslusif seorang artis tempatan. Yang pasti Panggung Sari Istana Budaya sarat dengan kehadiran peminat serta limpahan tajaan untuk menyokong perjalanan seni seorang lagi khazanah seni suara tanah air.

p/s:
Persembahan Aizat sebelum konsert hebat untuk seorang anak seni yang baru dapat name tag artis tanah air. Pasni Aizat boleh la plan untuk buat konsert plak, Dato Siti sebagai penyanyi undangan.

5 comments:

Che Kay said...

bestnye! erm dok jauh ni dah payah la nak gi tgk benda2 itu.

fushairie said...

ada kesempatan dan kesempitan cik kay..eh, skrg ni kt mana? keje mana?

Mr. SKS said...

Huhu... Heard about it tapi tak sempat balik. Kalo sempat balik pun mesti tiket dah habis.

PS: Tunggu Siti buat Konsert full tradiosional plak.. LoL..

aliaaroslan said...

aku terlepas nak beli teket.. sentap betul.. nanti die ada nak kuarkan dalam bentuk dvd tak?

Anonymous said...

eh, siti pakai tudung ke tu?