Wednesday, April 30, 2008
>>parlimen kita<<
Parlimen Malaysia akhirnya berpenghuni kembali setelah beberapa purnama gelita tanpa tuan punya kerusi. Ada yang masih terselamat, ada yang dah kena kad kuning, tak kurang juga yang dah kena kad merah seperti yang semua sedia maklum. Kerusi Parlimen yang berjumlah 222 dah pun terisi selepas PRU-12, 8 Mac 2008 yang lalu.
Pun begitu, suasana parlimen kali ni jauh berbeza dengan 11 sidang parlimen sebelum ni. Ada yang cakap Malaysia dilanda "tsunami politik", ada yang cakap politik Malaysia ke arah kehancuran yang amat dahsyat dan sebagainya. tapi itulah lumrah Demokrasi Berparlimen. Everything is possible.
Berpuluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) memerintah dengan "aman" sejak tarikh Kemerdekaan Malaysia tapi tiba2 dikejutkan dengan satu siren kejutan ala2 zaman BTN dlu2 yang menyebabkan hampir semua anggota lemah, longlai...nasib baik tak lumpuh. Apa pun tafsiran yang dibuat, kenyataan harus diterima. Time changes. BN perlukan satu mekanisme yang lebih dekat dengan rakyat to win people's mind. Ahli2 Yang Berhormat dah tak boleh nak setakat pacak signboard "Pusat Khidmat Ahli Parlimen XXXX" tapi tak ada sape kat dalam opis. Pendekatan perlu lebih fokus dan mampu memenangi hati rakyat. Ini bukan bermakna YB2 BN selama ini tido tetapi ada segelintir yang dah tersengguk2 tu kena dikejutkan. This is the wake up call. YB2 perlu jadi lebih cargas dan bertenaga. Rakyat sentiasa menilai. Kerja mesti beres. Setiap isu perlu diberikan titik noktah. Bak kata seorang penjual pisang goreng di Seksyen 19 Shah Alam, "Im sick of all these issues. Please put the end point my dear MPs (Cabinet lines-up). Kami dah muak dengan never- ending issues. Semua la!!".
Mungkin ini merupakan cabaran yang cukup getir buat BN selepas tragedi 1969 yang hampir- hampir menjadikan Malaysia lumpuh dari aspek perpaduan. Kemenangan secara besar- besaran Pakatan Rakyatbukanlah kerana mereka kuat tetapi kegagalan kerajaan menangani isu- isu tempatan dengan bijak. Banyak perkara yang perlu diperhalusi dari sistem penggubalan undang, sistem penyampaian, sistem pelaksanaan hinggalah kepada sistem penerimaan oleh rakyat jelata. Pimpinan yang ada perlu melihat dari pelbagai aspek dan segmentasi pemikiran rakyat. Pola percaturan minda dan keterbukaan ruang informasi yang ada benar dan salahnya juga perlu diberi perhatian. Rakyat Malaysia bukan lagi seperti mana tahun- tahun awal internet diperkenalkan pada tahun 1990-an dahulu. Pada tahun- tahun tersebut mungkin agak canggung melihat seorang datuk bercucu dua atau seorang ayah beranak empat duduk di hadapan komputer membaca surat khabar atau membalas email tapi kini segala itu adalah fenomena biasa yang tiada canggung dan anehnya. Semua bercakap di dalam bahasa yang sama- internet. Justeru, untuk menjadi sebuah kerajaan yang disayangi rakyat, pimpinan perlu up-to-date dengan perkembangan dunia semasa dengan mengambil kira ruang- ruang lohong yang berkemungkinan akan menjadi peluang kepada kelemahan kerajaan dibogelkan tanpa belas kasihan.
Kesilapan- kesilapan yang terdahulu perlu menjadi satu "melting point" kepada kerajaan agar tidak mengulanginya. Rakyat sudah jelek dengan kebaikan kerajaan yang sering digembar- gemburkan sebagai terbaik tetapi jauh di dalamnya tersembunyi kudis yang menghantui para pengundi. Tragedi seperti ini perlu dijadikan pelantar muhasabah untuk memperbaiki segala kekurangan dengan mengambil kira bahawa ini adalah masalah bersama dan perlu ditangani secara kolektif.
Rakyat sebenarnya masih sayangkan BN tetapi tidak punya pilihan pada PRU-12 yang lalu untuk menhentak kepala- kepala batu di dalam barisan kepimpinan yang ada. Rakyat tidak boleh disalahkan dan barisan kepimpinan yang ada juga tidak boleh dibebani dengan segala musibah ini. Masih ada sinar untuk kita.Rakyat perlu diberi pemahaman yang wajar dan pemimpin perlu memberi kewajaran pemahaman itu dengan penuh hemah. Semoga strategi yang telah difikrkan wajar dan boleh difahami. selamat bertugas YB!
Subscribe to:
Posts (Atom)