Sunday, February 24, 2008

>>V.O.T.E<<

Let me begin with a word: VOTE. sekarang ni kat memana pn orang bercakap tentang VOTE. Ada yang dulu, kini, dan selamanya memilih parti yang satu itu. Ada jugak yang masih tegar dan tak pudar memangkah parti yang satu lagi tu. Parti mana? Ala..yang cakap nak turunkan harga minyak tu.Nak jaga kebajikan katanya..Ada jugak yang masih atas pagar. Ada yang tak ambil pusing, bena tak bena. Langsung tak amik cakna dengan perkembangan terkini.

Dari saat Parlimen dibubarkan oleh Pak Lah sampailah ke hari penamaan calon, dan andainya watak Sultan di dalam filem Nujum Pak Belalang itu nyata dan masih hidup; beliau pasti suka kerana memiliki calon- calon yang handal untuk ditabalkan sebagai Ahli Nujum Negara. Apa tidaknya, semua berangan nak jadi ahli nujum politik terkemuka. Masing- masing dengan gaya dan cara yang tersendiri. Dari sembang- sembang kosong di kedai kopi hinggalah ke lobi- lobi syarikat- syarikat GLC. Semuanya masih berkisar topik yang seakan- akan sama. Tidak lari daripada tema Pilihanraya.

Sudah terang lagi bersuluh, calon- calon yang layak dan telah diterima oleh SPR menjadi calon di kawasan masing- masing pasti tidak putus- putus senyum. Setidak- tidaknya, dapat pahala dan membuat amal kebajikan di saat dosa mengutuk, mengeji, memfitnah berleluasa ketika ini. Bakal- bakal YB ini sudah tidak sabar- sabar lagi nak tunjuk bakat berkempen. Mula dengan ceramah khas, sesi pengenalan calon kawasan kita, lawatan rumah ke rumah, bertemu pengundi di pasar malam, pasar pagi, solat berjemaah di surau dan masjid, memberi sumbangan dan bantuan kepada yang memerlukan dan mungkin yang terakhir, ceramah undilah saya di dewan- dewan orang ramai. Letih jugak nak jadi YB ni.

Apa pun, agenda parti yang paling utama. Kita mengundi kerana inginkan sebuah kerajaan yang mampu memberi kemakmuran, keamanan dan keselamatan kepada kita.


Anda bagaimana? Sudah membuat pilihan anda?
Parti mana yang akan anda pilih?
Vote for Malaysia. Vote for BN.
www.bn2008.org.my