Tuesday, May 5, 2009

>> Jenama Yang Dipercayai <<



Entry kali ni membawa kisah jenama yang dipercayai oleh Malaysia bagi tahun 2009. Pelbagai kategori telah dipertandingkan dan sudah pastinya ada yang akan terpilih dan gugur daripada menjadi pemenang kategori. Antara yang dipertandingkan adalah seperti Universiti, Syarikat Penerbangan, Aircond (perlu ker? Pasni walkman ngan radio bleh masuk lagi), Minyak masak (minyak urut pun bleh dimasukkan pasni), Kereta, Tempat Pelancongan, Hospital, Cat dan lain-lain.

Seperti anugerah-anugerah lain mengangkat gelaran “terbaik” serta “popular”, anugerah ni mengangkat tema “dipercayai” oleh para pembaca majalah berinformasi ini. Apa pun, yang hendak dihighlight(perkataan ini tiada di dalam kamus Dewan) di sini adalah pemilihan universiti-universiti di Malaysia yang telah diangkat sebagai Trusted Brand 2009. Tiga universiti telah dipilih iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi MARA dan kesemuanya mendapat taraf Gold Winner”.

Sebagai seorang graduan UiTM, pastinya bangga dengan pemilihan ini . Secara tidak langsung ia memberi signal daripada masyarakat di luar sana bahawa UiTM, sebuah institusi pengajian tinggi yang dibina berteraskan kepada keistimewaan hak kaum Bumiputera adalah suatu jenama yang cukup diyakini selain daripada dua IPT yang lain itu. Andaian saya bahawa Reader’s Digest ini banyak ditelaah oleh masyarakat bukan Bumiputera namun mereka juga telah mengundi untuk memilih UiTM untuk kategori ini. Ini satu perkembangan yang menarik dan bagus untuk pembangunan serta perpaduan negara (kalau betul diorang undi la).

Syabas semua!

Untuk senarai pemenang yang lain, klik>> http://www.rdasiatrustedbrands.com/2009/award/malaysia/index.html