Wednesday, May 14, 2008

>> Anwar & Wolfowitz ????<<


Petikan daripada Utusan Online 14 Mei 2008

Hubungan Anwar-Wolfowitz dipersoal

KUALA LUMPUR 13 Mei - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.

************************************************************************************

Comment from me:


Hmmm....Tahniah Datuk Mukhriz atas maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia! Apa lagi nak diperkatakan? Sudah terang lagi bersuluh. Tak payah la kita nak kagum sangat kalau Anwar dipilih sebagai 10 ten The Most Influential People or even The Most Wonderful Creature atas muka bumi ni. Itulah yang telah dihebahkan oleh majalah Time baru- baru ini dengan mengenepikan nama- nama besar lain seperti Tun Dr. Mahathir atau Sukarno yang selayaknya diberi tempat antara 10 ten itu.

Bukannya bila pencalonan atau komentar itu dibuat yang ingin dipersoalkan oleh kita rakyat Malaysia tetapi kenapa Wolfowitz? Kenapa tidak Karpal Singh or Nik Aziz or Lim Kit Siang sebagai teman karib perjuangan yang memberikan testimonial? Adakah nama- nama ini tidak cukup rapat atau kenal seorang insan agung bernama Anwar Ibrahim ini? Kenapa tidak diminta YB Bagan Serai yang begitu taksub dengan Anwar sehinggakan ucapan membahas titah Tuanku di Parlimen semalam turut menyelitkan betapa kononnya negara ini rugi menyingkirkan Anwar daripada kerusi empuk Prime Minister in Making?

Nampaknya keakraban Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang tidak dapat menandingi betapa rapatnya Anwar dengan Wolfowitz dari negara kuasa besar itu sehinggakan tidak diberi peluang untuk memberi testimonial buat Anwar tersayang. Kalau dilihat daripada sejarah hidup, tidak pernah pula mereka sekelas di MCKK dulu, apatah lagi ketika belajar di universiti dahulu. Mungkin ada rahsia persahabatan yang tersirna di antara kedua mereka seakan satu ikatan yang tidak akan terlerai. Mungkin juga ada "hutang" yang belum dilangsaikan antara mereka. Siapa yang berhutang dan memberi hutang tidaklah pula diketahui. Hanya Anwar dan Wolfowitz dapat menjawab persoalan ini.

Mungkin inilah persoalan- persoalan yang perlu dijawab oleh ahli- ahli Negara Kebajikan yang hanya menyokong tanpa sebarang usul periksa. Mungkin juga mereka ini tidak tahu akan fakta ini sebelum ini tetapi kenyataan perlu diterima. Pun begitu, pernyataan ini tidak pula menidakkan berlakunya kesalahan- kesalahan di pihak kerajaan yang memerintah tetapi kita melihat akan implikasi terhadap negara bertuah ini pada masa akan datang sekiranya diperintah oleh seorang yang menjadi sekutu kuat Yahudi. Tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti Palestin pula selepas ini. Bersedialah orang Melayu yang cepat sangat melatah.

Tepuk dada, pintalah ditunjuk jalan kebenaran.