Tuesday, May 26, 2009

>> b.i.a.s.i.s.w.a <<

1. Lately, heboh satu Malaya tentang pemberian biasiswa kerajaan a.k.a JPA yang sekangkang kera tu. Pada pandangan sesetengah pihak, kejayaan mendapat biasiswa JPA adalah puncak segala-galanya di dalam aliran dan susur galur sejarah akademik seseorang. Lebih-lebih lagi biasiswa ke luar negara. Masakan tidak, pelbagai habuan elaun disediakan oleh JPA bagi membiayai pengajian di seluruh pelusuk dunia.

2. Setiap tahun sebanyak 2000 orang yang paling bertuah di Malaya ini akan berjaya ditawarkan sebagai pemegang biasiswa JPA ini daripada lebih 15,084 orang yang memohon. Pada setiap tahun juga, syarat dan kaedah pemberian biasiswa ini dikaji sekaligus diperketatkan lantaran anak2 Malaysia sekarang begitu pandai dan masing2 mengejar deretan A di dalam slip keputusan SPM masing2. Tak pasti la sama ada mereka ini benar2 pandai dan mencerminkan deretan A yang ada atau soalan semakin senang atau mengambil subjek2 picisan yang tidak memberi apa2 makna di dalam haluan hidup masing2 selepas SPM.

3. Lantaran itu, pelbagai tafsiran dibuat oleh orang ramai berkenaan dengan pemberian biasiswa ini. Namakan sahaja, semua ada: "Kerajaan tidak adil dan pilih kasih", "Pemberian biasiswa JPA perlu telus", "Kerajaan berat sebelah", "Biasiswa JPA bukan untuk Melayu sahaja!", "Ini bukan konsep 1Malaysia" dan sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan ramai yang cuba menangguk di air keruh lebih2 lagi ahli politik kurang ilmu yang hanya tahu bersorak, terpekik, terlolong, gopoh dan sebagainya juga cuba menempelak usaha kerajaan meningkatkan pembangunan modal insan anak2 bangsa pada masa ini.

4. JPA sudah sedaya upaya melaksanakan yang terbaik untuk semua berdasarkan merit akademik, ko-kurikulum dan keupayaan para pemohon menghadapi penemuduga yang didatangkan khas daripada pegawai-pegawai kerajaan, profesional, pensyarah dan mereka yang benar-benar arif berkenaan hal ini namun masih dipertikaikan. Adakah JPA yang tidak responsif atau mereka ini yang buta?

5. Pemilihan dan pemberian biasiswa ini bukanlah isu-isu klasik yang jarang terjadi tetapi saban tahun ia menjadi topik yang hangat untuk diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang merasakan mereka adalah terbaik dan lebih layak berbanding kumpulan-kumpulan yang lain. YB Lim Kit Siang baru-baru ini dilaporkan "menerjah" JPA untuk membela orang2 Cina yang dirasakan layak dan dirasakan teraniaya oleh tangan orang2 JPA. itu pandangan cetek beliau.

6. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan dalam hal ini. Banyak perspektif dan dimensi perlu dilihat jika seseorang pelajar cemerlang itu terfikir untuk memohon "biasiswa paling hangat" di seantero dunia ini. Para pemohon perlu bersedia dari segi mental terutamanya kerana yang cemerlang SPM bukan seorang dua dan beliau mesti menerima apa jua keputusan. Perbezaan di antara markah 97% dan 98% sahaja sudah cukup untuk membezakan sama ada seseorang itu layak ditawarkan atau tidak. Justeru, janganlah kita ni rasa macam kita sorang je yang pandai di bumi Malaya nih. Sekalipun terpandai, markah2 untuk dimensi lain belum tentu melayakkan kita mendapat surat tawaran daripada JPA.

7. Selain itu, para pejuang ummat di luar sana juga perlu tahu kenapa anak Kak Bibah yang hanya mendapat 9A ditawarkan biasiswa ini tetapi anak Madam Pora yang mendapat 15A tidak berjaya. Sekalipun perbezaan 15A-9A adalah6A, namun ia bukan tiket untuk anak Madam Pora dengan senyum lebar dan penuh keyakinan bahawa dia akan ditawarkan biasiswa JPA kursus perubatan pula! Kita selidik apakah 15A yang diperolehi itu menepati sekurang-kurangnya tahap minimum untuk LAYAK memohon. Jika 15A itu hanya sekadar diindahkan dengan subjek2 yang tiada kena mengena dengan dunia perubatan, simpan sahaja mimpi2 itu.


....BERSAMBUNG....

Friday, May 8, 2009

>> k . e . r . j . a <<

Dulu masa belajar, kita sebok pikir "Ada keje ke bila aku grad nanti?", atau "Camne la gaya keje aku nanti erk?", atau "Company mana aku nak pilih nanti?" dan macam2 lagi seribu macam persoalan yang bersarang di kepala. Bila masuk final year, masing2 baru sebok nak belajar camne nak buat resume @ CV la, cover letter la etc etc.

Time tu jugak baik Fakulti atau Bahagian HEP akan buat Career Carnival dan Job Shops Day dan macam2 lagi. Kita pun dengan ber"poyo2" nyer menghantar resume dari satu booth ke satu booth yang ada. Abes sume booth ada resume kita termasuklah company2 yang memang tak ada kaitan dengan course yang kita amek mendapat "hadiah" resume kita.

Tu time blaja.
Bila dah keje, baru kita rasakan apa yang kita pelajari dalam masa tiga-empat tahun dulu adalah sekelumit daripada asam garam dunia pekerjaan rupanya. Setiap daripada kita yang dah bekerja pasti akan mengakui hakikat ini. Time dah keje ni, hala tuju masing2 dah lain. Ada yang awal2 lagi dah berangan nak pakai kete besar2 la, nak pakai baju mahal2 la, nak simpan duit pegi melancong dan melencong la dan pelbagai lain unjuran2 yang kita buat sampai dh macam Wish dalam citer Alice in Wonderland, dengan harapan akan tecapailah segala impian itu.

Itu belum campur dengan ketidakpuasan hati tatkala mendapat kerja yang tidak menepati citarasa hati, keje yang tidak menggambarkan job description masa kita apply, bos yang mengada2, staf yang macam biskut chipsmore (nasib baik staf aku sume ok) dan lain2 lagi. Kadang2 letih memikir tapi itulah cabaran yang perlu dipahatkan ke dalam minda bahawa dunia pekerjaan bukanlah seperti istana kayangan yang sering kita gambarkan.

To me, I am happy with my job. Indeed, I am. Walaupun sesungguhnya keje2 ini tiada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari masa belajar degree dulu tapi itu bukanlah satu tsunami. Memahami hakikat kerja sebagai satu tanggungjawab berorganisasi, dalam apa keadaan sekalipun, we have to follow the rules of working:

Rule No. 1: Boss is always right
Rule No. 2: If boss is not right, read rule no. 1


Buat semua yang sememangnya sudah berada di alam pekerjaan atau yang akan melangkah ke alam pekerjaan, all the best and gud luck!

**Tengah senang hati sebab hampir sume target projek tahun ni dah nak siap. Alhamdulillah..Segalanya dipermudahkan..

Tuesday, May 5, 2009

>> Jenama Yang Dipercayai <<



Entry kali ni membawa kisah jenama yang dipercayai oleh Malaysia bagi tahun 2009. Pelbagai kategori telah dipertandingkan dan sudah pastinya ada yang akan terpilih dan gugur daripada menjadi pemenang kategori. Antara yang dipertandingkan adalah seperti Universiti, Syarikat Penerbangan, Aircond (perlu ker? Pasni walkman ngan radio bleh masuk lagi), Minyak masak (minyak urut pun bleh dimasukkan pasni), Kereta, Tempat Pelancongan, Hospital, Cat dan lain-lain.

Seperti anugerah-anugerah lain mengangkat gelaran “terbaik” serta “popular”, anugerah ni mengangkat tema “dipercayai” oleh para pembaca majalah berinformasi ini. Apa pun, yang hendak dihighlight(perkataan ini tiada di dalam kamus Dewan) di sini adalah pemilihan universiti-universiti di Malaysia yang telah diangkat sebagai Trusted Brand 2009. Tiga universiti telah dipilih iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi MARA dan kesemuanya mendapat taraf Gold Winner”.

Sebagai seorang graduan UiTM, pastinya bangga dengan pemilihan ini . Secara tidak langsung ia memberi signal daripada masyarakat di luar sana bahawa UiTM, sebuah institusi pengajian tinggi yang dibina berteraskan kepada keistimewaan hak kaum Bumiputera adalah suatu jenama yang cukup diyakini selain daripada dua IPT yang lain itu. Andaian saya bahawa Reader’s Digest ini banyak ditelaah oleh masyarakat bukan Bumiputera namun mereka juga telah mengundi untuk memilih UiTM untuk kategori ini. Ini satu perkembangan yang menarik dan bagus untuk pembangunan serta perpaduan negara (kalau betul diorang undi la).

Syabas semua!

Untuk senarai pemenang yang lain, klik>> http://www.rdasiatrustedbrands.com/2009/award/malaysia/index.html