1. Sedang mata ini menyelak akhbar-akhbar atas talian yang ada, hati ini terdetik untuk melihat apa yang sedang hangat di Harakahdaily.net. Di sebalik kekalutan merangka barisan Kabinet rindu-bayangan pakatan pembangkang, head line lidah rasmi PAS itu menempelak cadangan Biasiswa Nasional yang diumumkan oleh YAB PM baru-baru ini.
2. Presiden PAS, dipetik sebagai berkata "Penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya memberi makna bahawa kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh," katanya.
3. Selain itu, "PAS berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar".
4. Kelakar. Lucu. Penulis berita ini mungkin tidak habis buat research.
5. Apa pun, memang inilah gaya penulisan pengarang-pengarang lidah rasmi PAS serta pengikut PAS sendiri yang terkenal dengan tabiat suka membuat kesimpulan pada masa yang salah berpandukan maklumat yang salah. Memang patut pun Nik Abduh menggelarkan golongan tertentu di dalam PAS "membuat kerja bodoh" serta memberi maklumat tidak tepat kepada pemimpin kerana suka membuat kesimpulan tanpa hujung pangkal.
6. Tidak dinafikan kerisauan itu penting tetapi berpada-padalah. Jika meritokrasi yang dinyatakan tidak akan memberi keadilan, adakah adil juga membuat kesimpulan terhadap usaha yang belum pun dilaksanakan?. YAB PM baru mengumumkannya malah JPA sendiri belum menetapkan perincian pelaksanaan pemberian biasiswa ini. Adil sangatkah PAS jika kita melihat situasi yang berlaku di Kedah pada masa ini? Situasi tersebut secara terang-terangan sangat boleh diajukan persoalan, di mana keadilan yang dilaung-laungkan PAS?
7. Persoalan yang sama juga perlu dilihat kepada apa yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui pemberian Biasiswa PILN kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM. YB Lim Kit Siang dan yang lain menuduh JPA tidak adil dengan meminggirkan "pelajar cemerlang" dari bangsa Cina. Apakah beliau merasakan bahawa anak Cina sahaja yang pandai di Tanah Melayu ini? Adakah adil mempersoalkan kehebatan anak Melayu yang layak dan mampu mengatasi anak-anak Cina mereka?
8. Itu belum lagi kita lihat kesediaan "anak-anak Cina" yang telah tamat belajar dan pulang berkhidmat dengan kerajaan. Ada yang angkuh tidak mahu pulang mencurah bakti kepada tanah air setelah beratus ribu ditelan secara percuma untuk sekeping kertas yang dipanggil Ijazah dari luar negara. Adilkah itu? PAS sepatutnya mengetengahkan isu seperti ini bukan menjolok buah yang tak ada. Tegur sikit perangai tak semenggah "adik-beradik" (seperti kata Ustaz Azizan kelmarin) pakatan pembangkang yang lain. Biasiswa Nasional tu tak jalan seinci pun lagi. In fact, pemberian biasiswa JPA selama ini telah menggunapakai kaedah-kaedah yang disarankan itu. Lain kali baca dulu. Kalau ada usaha lebih, boleh baca Pekeliling-pekeliling berkaitan yang telah dikeluarkan untuk kefahaman yang jitu sebelum membuat ulasan.
9. Baca sampai habis.
1 comment:
diorang ni tak sedar dek untung.. duit kerajaan nak.. berbakti balik tanak.. taking the easy way out..
Post a Comment