Thursday, June 3, 2010

Kehilangan Yang Ditangisi


Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga (dan rakan-rakan) Allahyarham Norhashimah Wahid (gambar), seorang anak, rakan, isteri dan ibu yang telah pergi menghadap Penciptanya ketika menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam 1/2010.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al--Fatihah..~~~

Sunday, November 8, 2009

>> Mentaliti Kelas Tiga <<

Salam all,


Dalam keghairahan menongkah cabaran dunia tanpa sempadan (globalisasi) dan di sebalik kecamuk dunia pada hari ini, tiga (3) perkara mutakhir yang berlaku memberi persepsi mentaliti kelas tiga pada pandangan saya:

1. Kebiadapan penyokong Kelantan sewaktu perlawanan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan. Ada orang cakap Kelantan menang semangat kesukanan etc etc (whatever)..No manners.

2. Bai'ah pelik orang2 PAS untuk menjadi wakil rakyat. Cuba membayangkan macam mana kalau ibu ku berada di tempat itu, melihat ayahku mengangkat bai'ah akan jatuh talak tiga sekiranya meninggalkan "perjuangan yang semakin tidak diterima rakyat".

3. Golongan yang kononnya (mendakwa) merekalah bangsa berjaya, membangunkan bandar2 besar dan sebagainya masih lagi mengamalkan pemikiran penjajah dan menolak sekolah satu aliran dengan alasan yang sudah lama dimamah globalisasi (padahal mereka juga yang sibuk menjaja fikrah dunia tanpa sempadan).

4. Anda? Fikirkan.

Thursday, September 17, 2009

>> Aidilfitri 2009 <<

Salam buat semua,



Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Syawal bakal menjengah sinarnya tidak lama lagi. Kesempatan yang ada ini dipohon keampunan serta kemaafan sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berinteraksi dan memberikan pandangan.

Semoga Syawal 1429H kali ini akan memberi kenangan yang terindah dan Ramadhan yang akan berlalu meninggalkan kita telah menjadi medan terbaik mendidik diri, minda dan nafsu.


Salam Aidilfitri 1429H.
Shah Alam.

grafik diambil dari : http://www.arkb.org.my/wp-content/uploads/2008/09/kad-selamat-hari-raya-1428-300x298.jpg

Monday, August 17, 2009

>> beransur atau ditolak beransur-ansur?? <<

1. Ada pihak (orang Melayu) kata "Orang Melayu kita ni beransur la sket. Orang Cina ngan India tu mintak hak dia sebagai warganegara Malaysia. Apa yang masalah sangat? We have to respect each other. Kenapa kita nak nafikan apa yang "sepatutnya" diorang pun dapat? We live as Malaysians, kata memperjuangkan 1Malaysia".

2. Ada orang (Melayu) kata "Lantak la dia nak cakap apa pun pasal Raja-raja Melayu. Apa nak kisah. Kita ni hidup bukan zaman purbakala, zaman Parameswara lari ke Melaka. This is new millennium and kita still bercakap tentang kedaulatan dan ketuanan Melayu. For what??"

3. What say you?

Wednesday, August 12, 2009

>> Bangsa ? Negara? Agama? <<

1. Mutakhir ini, banyak sekali perdebatan terbuka berkaitan persoalan bangsa, negara dan agama.

2. Satu golongan bertindak mempertahankan salah satu daripadanya atau dua atau ketiga-tiganya sekali. Tidak kurang juga yang menolak dan menyanggah apa yang dipertahankan oleh kumpulan yang pertama itu.

3. Ada pula golongan yang mengapi-apikan supaya persoalan-persoalan ini akan menyebabkan kerajaan dilihat lemah dan "terpaksa" mengikut apa yang dilaung-laungkan oleh golongan ini. Apabila kerajaan meletakkan undang-undang sebagai pembahagi di antara jalan-jalan yang mereka tempuhi, kerajaan dituduh zalim dan tidak demokratik. Kerajaan dikatakan tidak meraikan demokrasi pada tempatnya. Apakah ia satu demokrasi jika kerajaan menuruti kehendak hawa nafsu mereka dengan mengenepikan hak masyarakat sivil untuk bermasyarakat?

4. Apa sebenarnya yang ingin dicari? Kebebasan tanpa batasan? Atau sekadar memperjuangkan nafsu politik yang tiada berkesudahan? Moga-moga masyarakat akan terus celik membezakan siapa yang sebenarnya memperkudakan demokrasi demi memenuhi kerakusan nafsu sesetengah individu atau golongan yang terlibat.

>> dilema dan kesedihan <<


1. Dilema.

2. Mungkin tulisan ini sudah berjuta batu ketinggalan menilai apa yang pernah ditulis seorang manusia pernah digelar Ultra-Melayu lewat 1960-an dahulu. Sungguh, manusia itu memandang jauh ke dalam dan ke hadapan apa yang dialami oleh orang-orang Melayu di bumi sendiri pada masa itu serta pada hari ini.

3. Situasi dan dilema yang dialami kembali menginjak di bumi ini, selepas 40 tahun kejadian berdarah 1969 berlaku, bibit percikan yang sama seolah-olah membayangi Malaysia sekali lagi pada hari ini.

4. Masyarakat mempersoalkan kedudukan orang Melayu, mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu, mempertikaikan Bahasa Melayu dan lebih parah lagi mempersoalkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara. Namun begitu, apa yang lebih malang lagi buat bangsa yang tidak memegang tali ekonomi dan kekayaan negara, kendi pengetahuan serta uncang perpaduan ini adalah sokongan penghinaan oleh bangsanya sendiri!

5. Lihat sahaja pergolakan politik yang berlaku pada hari ini, golongan yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa, dan negara diam membisu tanpa kata apabila isu-isu di atas diperkatakan oleh kawan sebantal politik dengannya. Betullah kata orang, matlamat menghalalkan cara. Betul juga ikutan mereka dalam hal ini. Kawan politik lebih penting daripada apa yang telah diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu daripada mereka sebelum ini.

6. Sebelum melangkah dengan lebih jauh, tulisan ini langsung tidak menidakkan hak dan kebebasan kaum lain untuk meraih kemakmuran yang sama di tanah bertuah ini. Apa yang ingin ditekankan adalah peranan serta batas kebebasan yang sepatutnya dipegang oleh mereka dalam merencana agenda masing-masing lebih-lebih lagi agenda politik.

7. Umum tahu, politik-ekonomi-status sosial merupakan tunjang kelangsungan hidup sesuatu bangsa di dunia ini hatta di zaman jahiliyyah sekalipun. Lihat sahaja kehebatan empayar terdahulu baik dari Empayar Rom, Empayar China, Empayar India hinggalah Empayar Islam yang akhirnya turut jatuh awal 1990-an dahulu. Semuanya tegak berdiri kerana kekuatan mereka di dalam aspek-aspek yang dinyatakan hinggalah saat apabila salah satu daripada aspek tersebut atau semuanya lolos dari genggaman.

8. Kaitannya dengan apa yang berlaku mudah sahaja. Orang Melayu pada hari ini sangat jauh ketinggalan dalam pegangan kekayaan ekonomi negara, orang Melayu juga masih ketinggalan dalam mengutip mutiara ilmu, orang Melayu juga saling berbalah mengenai hal-hal remeh, orang Melayu juga masih berarak menjaja agenda politik siapa paling popular dan orang Melayu juga masih melukut meminta "restu" orang lain dalam memartabatkan hak sendiri. Apa yang masih tersisa hanyalah "tali kerajaan" yang dilihat masih mampu meletakkan orang Melayu di puncak kuasa. Juga "payung" di raja yang masih mampu memayungi orang Melayu daripada ditimpa hujan lebat fitnah dan desakan melampau kumpulan-kumpulan tertentu.

9. Sedih.

10. Sedih apabila muncul wira dan wirawati Melayu yang kononnya memperjuangkan ideologi dan kefahaman liberal dunia moden melebarkan fahaman mereka di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja memperjuangkan kesamarataan, menentang pemberian hak keistimewaan, mempersoalkan titah dan hubaya Raja-raja Melayu malah menghina institusi raja-raja secara terbuka. Mereka mendabik dada mereka sudah berjaya. Berjaya di dalam bidang masing-masing tanpa memerlukan tongkat dan bantuan daripada kerajaan. Bagi mereka, orang Melayu juga sebenarnya pendatang dan bukannya penduduk asal bumi ini lantaran kenapa perlu dibeza-bezakan? Dakwa mereka juga apa yang dipertahankan pada hari ini adalah pemikiran kolot yang menidakkan arus globalisasi. Kita tidak "moden" kalau masih melaksanakan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB). Benarkah begitu?

11. Apa saja nasib Melayu sekarang ni....

Friday, July 3, 2009

>> Ulasan <<

1. Sedang mata ini menyelak akhbar-akhbar atas talian yang ada, hati ini terdetik untuk melihat apa yang sedang hangat di Harakahdaily.net. Di sebalik kekalutan merangka barisan Kabinet rindu-bayangan pakatan pembangkang, head line lidah rasmi PAS itu menempelak cadangan Biasiswa Nasional yang diumumkan oleh YAB PM baru-baru ini.

2. Presiden PAS, dipetik sebagai berkata "Penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya memberi makna bahawa kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh," katanya.

3. Selain itu, "PAS berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar".

4. Kelakar. Lucu. Penulis berita ini mungkin tidak habis buat research.

5. Apa pun, memang inilah gaya penulisan pengarang-pengarang lidah rasmi PAS serta pengikut PAS sendiri yang terkenal dengan tabiat suka membuat kesimpulan pada masa yang salah berpandukan maklumat yang salah. Memang patut pun Nik Abduh menggelarkan golongan tertentu di dalam PAS "membuat kerja bodoh" serta memberi maklumat tidak tepat kepada pemimpin kerana suka membuat kesimpulan tanpa hujung pangkal.

6. Tidak dinafikan kerisauan itu penting tetapi berpada-padalah. Jika meritokrasi yang dinyatakan tidak akan memberi keadilan, adakah adil juga membuat kesimpulan terhadap usaha yang belum pun dilaksanakan?. YAB PM baru mengumumkannya malah JPA sendiri belum menetapkan perincian pelaksanaan pemberian biasiswa ini. Adil sangatkah PAS jika kita melihat situasi yang berlaku di Kedah pada masa ini? Situasi tersebut secara terang-terangan sangat boleh diajukan persoalan, di mana keadilan yang dilaung-laungkan PAS?

7. Persoalan yang sama juga perlu dilihat kepada apa yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui pemberian Biasiswa PILN kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM. YB Lim Kit Siang dan yang lain menuduh JPA tidak adil dengan meminggirkan "pelajar cemerlang" dari bangsa Cina. Apakah beliau merasakan bahawa anak Cina sahaja yang pandai di Tanah Melayu ini? Adakah adil mempersoalkan kehebatan anak Melayu yang layak dan mampu mengatasi anak-anak Cina mereka?

8. Itu belum lagi kita lihat kesediaan "anak-anak Cina" yang telah tamat belajar dan pulang berkhidmat dengan kerajaan. Ada yang angkuh tidak mahu pulang mencurah bakti kepada tanah air setelah beratus ribu ditelan secara percuma untuk sekeping kertas yang dipanggil Ijazah dari luar negara. Adilkah itu? PAS sepatutnya mengetengahkan isu seperti ini bukan menjolok buah yang tak ada. Tegur sikit perangai tak semenggah "adik-beradik" (seperti kata Ustaz Azizan kelmarin) pakatan pembangkang yang lain. Biasiswa Nasional tu tak jalan seinci pun lagi. In fact, pemberian biasiswa JPA selama ini telah menggunapakai kaedah-kaedah yang disarankan itu. Lain kali baca dulu. Kalau ada usaha lebih, boleh baca Pekeliling-pekeliling berkaitan yang telah dikeluarkan untuk kefahaman yang jitu sebelum membuat ulasan.

9. Baca sampai habis.