Tuesday, June 30, 2009

>> SATU oleh Dato' Siti Nurhaliza <<


1. Entry mengenai konsert ini mungkin agak terlewat berbanding ulasan di dada akhbar dan blog2 lain yang ada but better late than never!

2. Peluang untuk menonton konsert ini pada malam pertama bersama seorang rakan merupakan satu pengalaman yang cukup indah (sebenarnya nak tengok on the final nite tapi tiket dah abes). Sememangnya kehebatan beliau sebagai seorang anak seni kebanggaan negara memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Lontaran vokal yang cukup mantap diiringi oleh visual grafik indahyang melatari persembahan beliau, membuatkan para penonton tidak mahu berganjak dari kerusi menikmati persembahan mewah pada malam itu. Lebih daripada berbaloi membayar tiket berharga RM180.00 untuk menonton konsert ekslusif ini.

3. Rasanya tiada apa yang boleh diucapkan lagi mengenai kehebatan anak kelahiran Kuala Lipis ini dalam memberikan "yang terkini" dari sanubari beliau. Paling menyentuh hati, apabila Panggung Sari berjeda seketika tatkala si biduanita muda ini sebak mengenangkan pemergian arwah Hj. Taruddin yang selama ini merupakan tiang seri kecemerlangan 14 tahun perjalanan seninya itu.

4. Apa pun, syabas Dato' Siti kerana telah meletakkan satu lagi tanda aras persembahan mewah dan ekslusif seorang artis tempatan. Yang pasti Panggung Sari Istana Budaya sarat dengan kehadiran peminat serta limpahan tajaan untuk menyokong perjalanan seni seorang lagi khazanah seni suara tanah air.

p/s:
Persembahan Aizat sebelum konsert hebat untuk seorang anak seni yang baru dapat name tag artis tanah air. Pasni Aizat boleh la plan untuk buat konsert plak, Dato Siti sebagai penyanyi undangan.

>> Memuaskan Hati <<

1. Dalam hidup ini, kita sering berhadapan dengan situasi "memuaskan hati" orang di sekeliling kita.

2. Dari hati ibu bapa, adik-beradik, keluarga, kawan-kawan, cikgu, pelanggan, orang bahawan hinggalah boss di pejabat. Semua hati-hati ini perlu dijaga dan ditatang dengan penuh berhati-hati.

3. Mutakhir ini, kita sibuk dengan isu-isu ketidakpuasan hati sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan pada hari ini pilih kasih, pilih bulu, tidak adil dan sebagainya. Itu belum lagi melihat dakwaan yang bersifat rasis terhadap kerajaan terutamanya terhadap orang2 Melayu.

4. Tatkala ada pihak yang mempertahankan apa yang diusahakan oleh kerajaan, pihak tersebut dianggap rasis terhadap bangsa lain. Persoalannya, adakah takrifan rasis itu hanyalah khusus terhadap tindakan yang "dilihat" menyebelahi orang Melayu? Apa pula istilahnya jika dakwaan yang dikeluarkan itu "menyebelahi" kaum/bangsa lain? Adakah itu tidak rasis? Desakan dan dakwaan yang menghina kesucian Islam, memperlekehkan perlembagaan dan undang-undang, mempersoalkan kedaulatan Raja-raja Melayu, dan sebagainya dinoktahkan sebagai irama demokrasi yang dituntut rakyat. Adakah rakyat benar-benar menuntut demokrasi kurang ajar seperti ini? Atau sekadar mengisi tempat makan seekor dua anjing yang kuat salakannya?

5. Susah memuaskan hati orang.