1. Lately, heboh satu Malaya tentang pemberian biasiswa kerajaan a.k.a JPA yang sekangkang kera tu. Pada pandangan sesetengah pihak, kejayaan mendapat biasiswa JPA adalah puncak segala-galanya di dalam aliran dan susur galur sejarah akademik seseorang. Lebih-lebih lagi biasiswa ke luar negara. Masakan tidak, pelbagai habuan elaun disediakan oleh JPA bagi membiayai pengajian di seluruh pelusuk dunia.
2. Setiap tahun sebanyak 2000 orang yang paling bertuah di Malaya ini akan berjaya ditawarkan sebagai pemegang biasiswa JPA ini daripada lebih 15,084 orang yang memohon. Pada setiap tahun juga, syarat dan kaedah pemberian biasiswa ini dikaji sekaligus diperketatkan lantaran anak2 Malaysia sekarang begitu pandai dan masing2 mengejar deretan A di dalam slip keputusan SPM masing2. Tak pasti la sama ada mereka ini benar2 pandai dan mencerminkan deretan A yang ada atau soalan semakin senang atau mengambil subjek2 picisan yang tidak memberi apa2 makna di dalam haluan hidup masing2 selepas SPM.
3. Lantaran itu, pelbagai tafsiran dibuat oleh orang ramai berkenaan dengan pemberian biasiswa ini. Namakan sahaja, semua ada: "Kerajaan tidak adil dan pilih kasih", "Pemberian biasiswa JPA perlu telus", "Kerajaan berat sebelah", "Biasiswa JPA bukan untuk Melayu sahaja!", "Ini bukan konsep 1Malaysia" dan sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan ramai yang cuba menangguk di air keruh lebih2 lagi ahli politik kurang ilmu yang hanya tahu bersorak, terpekik, terlolong, gopoh dan sebagainya juga cuba menempelak usaha kerajaan meningkatkan pembangunan modal insan anak2 bangsa pada masa ini.
4. JPA sudah sedaya upaya melaksanakan yang terbaik untuk semua berdasarkan merit akademik, ko-kurikulum dan keupayaan para pemohon menghadapi penemuduga yang didatangkan khas daripada pegawai-pegawai kerajaan, profesional, pensyarah dan mereka yang benar-benar arif berkenaan hal ini namun masih dipertikaikan. Adakah JPA yang tidak responsif atau mereka ini yang buta?
5. Pemilihan dan pemberian biasiswa ini bukanlah isu-isu klasik yang jarang terjadi tetapi saban tahun ia menjadi topik yang hangat untuk diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang merasakan mereka adalah terbaik dan lebih layak berbanding kumpulan-kumpulan yang lain. YB Lim Kit Siang baru-baru ini dilaporkan "menerjah" JPA untuk membela orang2 Cina yang dirasakan layak dan dirasakan teraniaya oleh tangan orang2 JPA. itu pandangan cetek beliau.
6. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan dalam hal ini. Banyak perspektif dan dimensi perlu dilihat jika seseorang pelajar cemerlang itu terfikir untuk memohon "biasiswa paling hangat" di seantero dunia ini. Para pemohon perlu bersedia dari segi mental terutamanya kerana yang cemerlang SPM bukan seorang dua dan beliau mesti menerima apa jua keputusan. Perbezaan di antara markah 97% dan 98% sahaja sudah cukup untuk membezakan sama ada seseorang itu layak ditawarkan atau tidak. Justeru, janganlah kita ni rasa macam kita sorang je yang pandai di bumi Malaya nih. Sekalipun terpandai, markah2 untuk dimensi lain belum tentu melayakkan kita mendapat surat tawaran daripada JPA.
7. Selain itu, para pejuang ummat di luar sana juga perlu tahu kenapa anak Kak Bibah yang hanya mendapat 9A ditawarkan biasiswa ini tetapi anak Madam Pora yang mendapat 15A tidak berjaya. Sekalipun perbezaan 15A-9A adalah6A, namun ia bukan tiket untuk anak Madam Pora dengan senyum lebar dan penuh keyakinan bahawa dia akan ditawarkan biasiswa JPA kursus perubatan pula! Kita selidik apakah 15A yang diperolehi itu menepati sekurang-kurangnya tahap minimum untuk LAYAK memohon. Jika 15A itu hanya sekadar diindahkan dengan subjek2 yang tiada kena mengena dengan dunia perubatan, simpan sahaja mimpi2 itu.
....BERSAMBUNG....
1 comment:
saya sungguh kagum dengan buah fikiran yang dilontarkan hari ini. Ha! madam pora, dengar tu apa yang disampaikan pada hari ini.
tak sabar rasanya nak menunggu sambungannya. (^_^)
Post a Comment