Monday, June 13, 2011

Malam



Sejenak melakar. Malam mengakar.
Rembulan mencelah. Malam menjengah.

Friday, June 3, 2011

J u n

Salam.

1. Hari ini sabtu pertama bulan Jun. Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. pagi2 hantar SMS kepdaa seseorang yang bakal menerima Tan Sri dan dia membalas "Terima kasih Saiful atas doa dan ucapan". Hipotesis: Mesti tengah bersiap pakai no. 1 dress masa reply.

2. Pertengahan cuti sekolah yang berbaki seminggu lagi. Hipotesis: jalan ke KL pasti sesak teruk.

3. Aktiviti: mau menonton x-men kelas pertama. Hipotesis: pawagam sesak. tix sold out. bak kata seorang teman, "unless u book a year before". ok, mengakui kebenaran sebaris tulisan di layar telefon bimbitku.

4. Aktiviti: basuh kereta. sumpah tak tau sangat kat mana car wash area batu caves ni. yang tau ada kt giant. biasa g basuh kat alamanda atau shah alam.

5. Aktiviti: jamuan teh diraja di Istana Negara. nak siap2. lepas zohor boleh gerak dah kot. kalau rasa diri naik kereta ada pemandu di hadapan atau dapat stiker kaler kuning, boleh la kuar lewat sket. parking pun terjamin.

6. Aktiviti: minit mesyuarat. syukur dah siap 70% (think so). bakinya malam ni. sasaran - dihantar ke bos ahad malam menerusi emel.


"Selamat berhujung minggu"

Saturday, February 5, 2011

Mesir: Nama Sepanjang Zaman


1. Entry kali ini dinamakan Mesir: Nama Sepanjang Zaman. Jauh fikiran melayang mencari tajuk ini. Entah kenapa tiba-tiba terdetik berbicara mengenai Mesir ini. Alasan yang paling mudah mungkin, melihat keadaan yang berlaku di Mesir pada hari ini.

2. Bumi Mesir yang kaya dengan pelbagai khazanah sejarah dunia tiba-tiba menjadi nama yang cukup panas. Nama Hosni Mubarak apatah lagi. Demontrasi dan protes seakan menjadi wabak di bumi arab. Tunisia, Yaman, Syria dan Jordan antara negara yang telah merasai ledakan suara rakyat ini.

3. Pengagihan kek ekonomi yang tidak adil merupakan antara punca utama yang dikenal pasti. Kek ekonomi yang sepatutnya dimamah bersama, tinggal serdak sahaja untuk dikongsi oleh marhaen. Berjuta rakyat hidup di dalam kedaifan dan tidak mempunyai sumber pendapatan yang boleh menampung kehendak peredaran masa pada hari ini.

4. Maklumat asas mengenai Mesir boleh didapati dari sini (The World Factbook of CIA). Secara ringkas;

Populasi: 80,471,869 (July 2010 est.)
Kadar Pertumbuhan populasi: 1.997% (2010 est.)
Literasi: 71.4%
Hari Kebangsaan: Revolution Day, 23 July (1952)
GDP Perkapita: $6,200 (2010 est.)
Labor Force: 26.1 million (2010 est.)
Kadar Pengangguran: 9.7% (2010 est.)
Kadar Inflasi: 12.8% (2010 est.)

Nah, sekilas pandang sudah boleh dibaca melalui "Bahasa Ekonomi" ini apa asbabnya. Namun ia bukanlah bahasa tunggal untuk menilai keadaan yang berlaku pada hari ini. Angka-angka ini boleh direka cipta. Di negara yang terkehadapan sedikit seperti Malaysia, ramai juga yang ambil sikap bena tak bena terhadap pergerakan ekonomi semasa. Apalah sangat agaknya jika angka ini dimanipulasi sedikit agar tampak indah.

(gambar dari time.com)


5. Mungkin juga kita boleh lihat dari sisi jendela yang lain. Apakah semua ini dirancang? Adakah gelora bumi Arab pada hari ini merupakan hasil propaganda "tangan-tangan ghaib"? Spekulasi mudah: negara arab kucar-kacir, Iran hanyut, Arab Saudi hancur dan tangan-tangan ini datang memberi buku resepi "Bagaimana menyelamatkan negara anda?" dan mereka punya kawalan terhadap harga emas hitam- minyak. Sehingga nota ini ditulis, beberapa artikel di Time.com melalui twitter dan laman webnya melaporkan agenda kesan domino di bumi Arab.



6. Merantai kembali apa yang berlaku di dasar, sememangnya ranjang kehidupan marhaen di Mesir rancu dan daif. Kesempatan untuk melihat sendiri keadaan di Mesir bersama rakan-rakan pada 2005 merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Di sebalik keajaiban dunia yang terpasak di bumi lembah Nil itu, wujud wadi-wadi marhaen yang perlu didekati. Seandainya dinisbahkan dengan peranan agensi kerajaan di Malaysia, pastinya Senator Dato' Seri Shahrizat Jalil menangis tidak cukup tangan untuk membawa mereka keluar dari wadi kedaifan itu. Apatah lagi hidup di bumi yang mungkin belalang tidak kenal rumput.

7. Satu peristiwa yang masih segar berlaku di sewaktu berjalan menuju ke stesen kereta api di Kaherah untuk ke Iskandariah. Sekumpulan anak kecil mengekori kumpulan kami untuk meminta apa sahaja yang boleh diperoleh. Ada yang sudi memberikan sedikit bekalan makanan dan di situlah drama bermula. Pergaduhan antara anak-anak kecil ini mula tercetus, berebut makanan sejemput. Tolak-menolak berlaku, makanan tercampak ditengah jalan raya, dilenyek oleh kenderaan yang lalu namun tetap diserbu dan terus disuap ke dalam rongga hingga tidak tersisa satu pun. Aduhh, ramai yang menitiskan air mata melihat aksi percuma ini.

(suasana di stesen keretapi - skrg mungkin dh berubah)


8. Berbalik kepada tajuk entry ini, kenapa dikatakan nama sepanjang zaman? Ia mudah kerana nama "Mesir" telah lama tercatat sebagai jenama sejarah peradaban dunia. Peradaban Mesir dikesan bermula kira-kira 3150 tahun B.C. dan ada juga yang menyatakan lebih lama daripada itu. Peradaban Mesir terbina dengan penuh kecanggihan pada masa tersebut. Piramid dan Sphynx adalah antara tinggalan yang membuktikan kemegahan dan kecanggihan itu wujud. Lebih-lebih lagi teka-teki pembinaan piramid masih belum terungkai sehingga kini. Penguasaan empayar Mesir yang dipimpin oleh Firaun (termasuklah yang ditelan Laut Merah di dalam kisah Nabi Musa A.S) memaparkan betapa bangsa Mesir adalah bangsa yang maju (tetapi perlu disulami kerendahan hati dan jiwa agar tidak tersasar dari jalan-Nya). Justeru, apakah yang boleh menidakkan Mesir sebagai nama sepanjang zaman? Hasil daripada tinggalan ini, Mesir dilawati oleh berjuta pelancong yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat (yer..termasuklah diriku). Manfaat daripada tinggalan khazanah ini perlu dirasai oleh segenap rakyat Mesir termasuklah mempelbagai peluang ekonomi kelas marhaen melalui aktiviti pelancongan. Mungkin Tourism Malaysia boleh bagi konsultasi macam mana nak mulakan program inap desa (homestay) di Mesir pula. Mengahayati keindahan Sungai Nil yang lebarnya adakala hampir menjangkau dua kilometer memang mengasyikkan.





9. Semoga pergolakan yang berlaku di Mesir ketika ini segera tamat dengan cara yang terhormat buat pemimpin dan rakyat.

Hasrat

1. Pening. Ingin memilikinya namun ongkosnya sering sahaja bertukar haluan menampung agenda yang lain.

2. Blackberry atau Iphone? Kedua-duanya punya sisi cerah dan gelap.






3. Sekarang dah ada BB versi besar sket a.k.a Playbook.





4. Ni sumer gara-gara E71 ku yang telah dirembat sewaktu bulan Ramadhan yang lalu. Keinginan untuk ber"smartphone" pudar seketika. Kini terpaksa bergelut dengan peredaran masa untuk memilih.

5. Memilih adakalanya bukan satu keistimewaan. Anda suka yang mana?

Monday, January 10, 2011

2.0.1.1


1. Tahun baru tiba lagi. 2011 namanya.

2. Pelbagai resolusi dihampar sebagai tanda permulaan bagi segala-galanya. terlaksana atau terkandas, itu soal nombor dua.

3. Tahun ini tiada agenda khusus untuk diketengahkan. Lebih kepada hal-hal rutin,moga2 urusan lebih dimudahkan especially kerjaya pada masa ini. Kesegeraan dititik beratkan.

4. Oh lupa, misi menambah pelaburan! Fokus kepada real estate dan saham amanah. selain itu, resolusi lama di tahun baru tetap diteruskan - ingin kembali aktif menulis. mungkin akan buat kemunculan di majalah/bahan bacaan yang ada di pasaran. terbitan yang mana satu? nanti kalau dh muktamad, akan diwar-warkan.

5. Hal-hal lain masih di dalam kamar pertimbangan. tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

6. Moga-moga tahun 2011 ini lebih menzahirkan rezeki dan peluang2 yang lebih cerah. Dah kira numerologi, lebih banyak pengetahuan akan disuntik pada tahun ini. Elemen kejayaan ada dan tidak dilupakan, elemen "panas" turut ada. mungkin panas untuk memangkinkan hasil yang cemerlang. kott~

7. Salam tahun baru 2011.

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Bersayap




Misi berjaya!

1. Menahan diri untuk tidak tulis blog untuk enam bulan walaupun kadang2 meronta untuk menukilkan idea. Berkabung untuk teman yang pergi mendahului.

2. Harimau Malaya mengaum di bumi multi-bencana. Kini harimau sudah bersayap. Bukan mencuri sayap jentayu mahupun garuda. Harimau Malaya memang punya sayap! Sedia terbang tinggi tapi jangan lupa jenguk rumput di bumi. masih ada ruang untuk diperbaiki.

3. Kejayaan skuad Harimau Malaya membuktikan kesungguhan itu kunci utama. Biar pun dicerca dengan pelbagai "cerita kanak-kanak" oleh penduduk negara multi-bencana itu, semangat juang yang tinggi berjaya menepis cercaan itu.

4. Apa pun, putaran "cerita kanak-kanak" ini akan tetap sama. tunggu sahaja babak seterusnya. skrip mungkin telah sedia. itulah penangan mereka yang enggan bersemuka dengan kenyataan, menarik pelbagai alasan untuk menutup kelemahan.

5. Terima kasih juga buat PM Najib Razak. Meraikan semangat kejuaraan dengan hadiah cuti peristiwa.


Teruskan mengaum Harimau Malaya!

Thursday, June 3, 2010

Kehilangan Yang Ditangisi


Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga (dan rakan-rakan) Allahyarham Norhashimah Wahid (gambar), seorang anak, rakan, isteri dan ibu yang telah pergi menghadap Penciptanya ketika menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam 1/2010.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al--Fatihah..~~~