Sunday, October 26, 2008

>>Memori Lebaran 2008<<

Dear all,

1. Hari Raya sampai jua ke penghujungnya setelah hampir setiap hari ada saja jemputan open haus daripada rakan/ teman/ kenalan/ bos / kawan atas kawan/ sedara-mara dan sebagainya.

2. To me, Hari Raya pada tahun ni biasa sahaja. Nothing much special and sometimes rasa macam tak raya pun. Mungkin kerana anjakan umur yang semakin meningkat dan meningkat tambahan anjakan umur aku pada tahun ni berlaku pada hari ke-8 Syawal, which means 8 Oktober 2008. Pun begitu, rasa macam sangat biasa seperti 365 hari yang lain di dalam tahun ini.

3. Apa pun, raya pada tahun ini juga melakar episod kali pertama beraya sebagai seorang pegawai di agensi peneraju perkhidmatan awam. Ramai yang bersetuju dengan keputusan aku memilih untuk menulis term "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" di lembaran surat- surat dan tidak kurang juga yang menyatakan bangkangan kerana aku telah menolak tawaran syarikat minyak dan gas utama negara dengan tawaran gaji yang "agak lumayan" bagi jawatan Marketing Executive (Maritime, Transportation & Chartering). Anyway, I made up my mind. Who knows, rezeki untuk bersama syarikat itu mungkin akan datang lagi nanti. Mungkin sebagai ahli lembaga pengarah or pengerusi or dipinjamkan ke GLC pulak..hehehe... (berangan sekejap).

hanya mampu menatap je surat tawaran ni..maklumat yg lain perlu dirahsiakan.
(sulit & persendirian)


4. Raya kat kampung tahun ni pun x meriah mana. Hanya family aku je yang ada kat kampung. Makcik- pakcik sume balik kampung mertua masing- masing. Memang sangat boring tambahan abang aku pun tak balik raya tahun ni. Dia cakap cuti tak ada, so dia terpaksala menghabiskan hari rayanya bersama kengkawan di Perth, Australia as a Process Engineer. Kakak ipar aku lak balik kampung dia kat Kedah bersama anaknya yang comel itu. Again, I made up my mind balik KL on 2nd day raya ngan adik- adik aku. Tinggal la parents and my youngest brother kat kampung.

5. Raya yang sebulan ni jugak, macam2 benda berlaku, baik di rumah, di pejabat, di sekeliling dan sebagainya. Btw, cerita masa puasa sebelum tu, i got banyak kad raya from a lot of people that i used to know them and for some, knowing them from networking wise (tapi bukan biz MLM or networking biz). Yang paling terharu adalah kad daripada negarawan ulung negara, sape lagi kalau bukan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas. Yang lelain kad daripada kenalan dalam line politik, Y.Bhg. Dato' Seri Naib Canselor UiTM & Pegawai2 tertinggi UiTM, My boss, Kenalan- kenalan di pelbagai organisasi such as Yayasan Kepimpinan Perdana, UMW Toyota, UiTM, Pos Malaysia, my travel agents, Dekan fakulti aku kt UiTM dulu, dan ramai lagi la.. kat sini saje nak tunjuk few kad raya yang aku terima.

ni kad dari Tun M

ni kad yang tok pa bagi

ni lak kad Dato Seri VC UiTM

ni koleksi kad yang sempat dikuarkan untuk sesi fotografi

6. Walaupun gerbang teknologi telah menerjah setiap sudut kehidupan kita, cara lama tetap merupakan jalan terbaik merapatkan kenangan dan ingatan kita kepada insan yang berada di sekeliling kita. Tak setuju? Suka hati aku la...

7. Kenangan lebaran 2008 ni lagi, for the first time ever, i enjoyed my raya as Chedet.com facebook fan club. Those yang datang open haus Tun M on the 5th day of raya mesti akan perasan a group of fellas yang datang siap bawak banner. Tu pun kalau korang datang petang la...Yang mana rasa macam nak join club ni, taip je chedet.com kat facebook tu then klik join this group. Mudah.

8. Then, apa lagi? Yang lelain macam biasa la...Dah nama pun bulan Syawal, maka berduyun- duyun lah jemputan rumah terbuka sampai terpaksa buat jadual plak especially hujung mggu. Dari yang dekat2 sampai la yang jejauh jemput ajak datang. Nak buat camne, pegi mana yang tercapai je la.

9. Last but not least, I would like to congratulate my roomate masa blajar dulu + hausmate sekarang ni for his marriage. Setelah pelbagai dugaan dan rintangan mengharungi alam percintaan, akhirnya dengan sekali lafaz dia sah sebagai sorang suami kepada seorang lecturer di UiTM. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya.

10. I think thats all for this time being. End.

Thursday, October 16, 2008

>>Aku.Pena.Idea<<




Dear all,

1. Sangatlah berzaman aku tidak mencoretkan apa2 kt blog yg macam nk mati ni.

2. Actually, aku sebenarnya ingin sekali menulis, menulis, dan menulis. Penulisan, bagi aku merupakan satu seni yang amat halus dan tinggi nilainya. Namun, untuk menulis di blog yang tak semenggah sangat ni (kutuk blog sendiri) bukanlah satu keutamaan buat aku sekarang. This blog is not my priority for this time being.

3. Apa pun, menulis perlu disertai dengan nilai penulisan yang sepatutnya. Penulisan telah menjadi sebahagian daripada peradaban/ ketamadunan di dalam sejarah. Ia dibuktikan dengan kewujudan tamadun- tamadun dunia yang pernah menguasai muka bumi ini. Mereka tidak dikategorikan sebagai "satu tamadun" dan "bertamadun" seandainya tidak mempunyai keupayaan menulis dan membaca.

4. Ada orang menulis untuk memberitahu orang di sekeliling (general desk journalist la gamaknyer), ada orang menulis untuk menghibur+gossip (wartawan hiburan la kot), ada orang menulis untuk tujuan ilmiah (ni professor & lecturer), ada orang menulis untuk saje2 (blogger may be banyak la kategori ni), dan sebagainya. Aku? Aku rasa aku kategori campuran beberapa tujuan menulis yang telah disebutkan.

5. Sepeninggalan yang lalu juga sebenarnya, banyak yang aku rasa ingin ditulis tapi aku merasakan ia tidaklah penting untuk dikongsi bersama sungguhpun ada isu- isu yang dirasakan penting untuk dikupas bersama.

6. Pun begitu, aku tabik spring la kat kengkawan di luar sana yang sangat rajin menulis dan meng"udpdate" blog masing2.. Sekadar menyebut nama2 yang biasa @ aku kenal seperti fauzi@mesin.masa, adam arjuna@agenda.inspirasi, ben.casa.impian@hells.studio, miezi@mari.merepek dan lelain.

7. Till then, teruskan menulis.

Thursday, September 4, 2008

>>Perginya Seorang Pejuang<<



Salam,

1. Semua sudah maklum bahawa negara kita baru sahaja kehilangan seorang pejuang yang banyak memberi sumbangan di dalam bidang penulisan dan kewartawanan.

2. Beliau, tidak lain dan tidak bukan A. Samad Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad.

3. Saya secara peribadi tidaklah mengenali beliau secara dekat, begitu juga dengan karya dan penulisan beliau. Pun begitu melalui pembacaan saya mengenai beliau serta beberapa tulisan yang pernah dihasilkan, saya bersetuju untuk mengatakan beliau adalah seorang yang amat tajam dan berhemah.

4. Pemergiannya pada 4 September 2008 merupakan satu kehilangan kepada negara. Layaknya beliau juga diangkat sebagai Wira Kewartawanan Negara. Takziah kepada keluarga, sahabat handai dan kenalan rapat beliau kerana sudah terhijab pertemuan di antara kalian dengan Pak Samad di dunia ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya. Al- Fatihah.

5. Sekadar berkongsi secebis karyanya yang diterbitkan di dalam Mingguan Malaysia 1 November 1992 (dipetik dari Utusan Online):

Kawan kawan;

Dari 1939 sampai kini

Api ini tidak pernah mati

dimarakan ganti berganti

dalam chahayanya anak-anak menari

satu tangan terbakar

sejuta tangan menggengamnya

lebih erat lagi

maka keramatlah sebuah institusi

yang memahkotakan rakyat

dari generasi ke generasi.

Sunday, August 31, 2008

>>Harapan Ramadhan<<

Dear all,

1. Ramadhan datang lagi buat kita pada tahun ini.

2. Dia masih lagi memberikan kesempatan kepada kita di sebalik kesempitan masa, kesempitan ruang mencambah fikiran, kesempitan menilai iklim politik, kesempitan kewangan yang sentiasa menghimpit, kesempitan itu, kesempitan ini dan sebagainya.

3. Sekadar berkongsi dengan anda, lirik lagu Raihan & Man Bai : "Harapan Ramadhan"


HARAPAN RAMADHAN


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


4. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita.

Wednesday, August 20, 2008

>>MSC of Malaysia<<


Dear all,

1. I've been thinking of this issue for long time. why? i did love to talk about MSC and its functions during my form 4 and form 5.

2. Kenapa tiba2 saya berbicara tentang MSC adalah kerana ia mengimbau kenangan sewaktu saya di tingkatan 4 dan 5, i love to discover MSC and impressed with the idea of MSC. Masa tu, karangan2 BM dan BI mostly request student to analyze the goods and bads of IT. ICT, MSC etc etc..

3. Rasanya dah lebih 10 tahun negara di"MSC"kan dengan 7 aplikasi perdana yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara pada hari ini dan saya masih menzahirkan kekaguman saya terhadap idea ini. Aplikasi perdana yang dimaksudkan adalah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagaiguna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi. Selain daripada itu, kita juga diperkenalkan dengan pelbagai "term" dan istilah baru seperti Putrajaya, Cyberjaya, y2k, sekolah bistari dan sebagainya.

4. Hari ini, saya berkira2, jarang sudah kita bercakap tentang MSC malah saya juga kurang pasti adakah semua aplikasi perdananya sudah terlaksana atau kita sendiri tidak pasti di manakah komitmen kita sekarang terhadap gerakan yang menjadi tunjang kepada pencapaian matlamat Wawasan 2020 ini.

5. Mungkin saya kurang mengambil tahu tentang perkembangannya, atau sememangnya maklumat berkenaan tidak dihebahkan kepada umum? Saya tertanya2.

6. Ends.

Tuesday, August 12, 2008

>>Bila Pemimpin Hilang Akal<<

Dear all,

1. I've been talking about this "super- mad MB" in my previous post.

2. Baru- baru beliau bikin gempar lagi satu Malaya dengan idea tentang pembukaan 10% peratus pengambilan UiTM dibuka kepada non- Bumi.

3. Saya tidak faham dengan idea dan cadangan yang langsung tidak rasional.

4. Beliau memberikan alasan media memutar-belitkan cerita di sana- sini. Pun begitu, jika semua media melaporkan agenda yang sama, apakah secara tidak langsung beliau mempertikai kredibiliti pengamal media seolah2 tidak pandai menjalankan tugas?

5. Saya kurang pasti apakah matlamat permainan beliau kali ini. Selepas satu, satu lagi isu hangat cuba diketengahkan. Ia secara tidak langsung juga menunjukkan bahawa kedudukan beliau sebagai orang nombor satu di Selangor sudah membereskan kerja serta tugas di SUK itu. Atau mungkin juga Selangor sudah tidak punya masalah. Tiada isu. Hebat penangan Menteri Besar seperti ini!! (padahal beliau sememangnya mungkin tidak tahu kerja apa yang perlu dilakukan).

6. Saya secara peribadi, tidak boleh menerima cadangan ini lebih2 lagi daripada seorang yang dikategorikan sebagai Melayu dan Islam di negara ini. Pembukaan 10% kepada non- Bumi sebenarnya boleh diertikan sebagai menempah keranda kepada orang Melayu!

7. Apa masalahnya dengan beliau ini? Parameter dan kayu ukur sebagai asas penghujahan beliau juga kabur. Menggunakan alasan dan isu perpaduan, kualiti, persaingan yang lebih sihat, dan kebolehpasaran mahasiswa UiTM menunjukkan bahawa beliau ini seorang yang buta dan tidur. Mungkin orang di sekeliling beliau juga turut buta dan tidur kerana memberikan maklumat yang jauh panggang dari api.

8. Kesemua alasan yang diberikan jauh menggambarkan apa yang dimiliki oleh seorang graduan/ mahasiswa UiTM. Jika isu perpaduan dibangkitkan, apakah bukti2 yang menunjukkan bahawa graduan/ mahasiswa UiTM seorang yang tidak faham akan erti perpaduan? Apakah dengan pergaulan dengan non- Bumi sudah cukup untuk memberikan pemahaman tentang betapa perpaduan itu diukur di kampus2? Memang tidak dinafikan kepentingannya tetapi apakah bukti yang menyatakan graduan/ mahasiswa UiTM tidak mempunyai semangat perpaduan?

9. Jika dilihat di kampus2 yang sedia ada dibuka kepada masyarakat non- Bumi di luar sana, apakah tema dan elemen perpaduan menjadi teras kepada semangat mereka hidup di universiti berkenaan? Kita masih dapat lihat, orang cina masih dengan sikap dan tema perpaduan di kalangan mereka sahaja, begitu juga india dan tidak kurang juga melayu. Kumpulan belajar (group study) sebagai contoh, masih berlabelkan perkauman. Jika Khalid boleh tampilkan bukti bahawa wujud kumpulan2 seperti ini yang menjadi amalan masyarakat kampus IPTA secara majoriti, maka betullah andaian beliau. Isu perpaduan sudah selesai di kampus IPTA lain, maka UiTM perlu berubah.

10. Pun begitu, saya yakin bahawa Khalid hanya akan menemui kekesalan apabila beliau menyahut cabaran ini. Isu perpaduan dalam konteks itu hanyalah mainan di bibir sahaja. Saya bercakap secara realistik bukannya retorik. Jika isu perpaduan di antara ras dan bangsa menjadi persoalan, UiTM bukan kambing hitamnya. Beliau perlu bercakap dengan Menteri Pelajaran agar tema perpaduan dipupuk sedari kecil lagi. Bukan itu sahaja, beliau juga perlu bercakap dengan Menteri Pelajaran dahulu, Dato' Seri Najib bahawa beliau amat menyokong dan yakin untuk terus memperkasakan sekolah wawasan. Beliau juga perlu bercakap dengan pemimpin2 Cina dan India agar sekolah vernakular atau Jenis Kebangsaaan perlu dihapuskan bagi membugar tema perpaduan di antara kita di Malaysia ini. Namun apa yang kita dapat sehingga kini hanyalah tentangan daripada pemimpin Cina dan India agar sistem sekolah sebegini dikekalkan. Apakah ini namanya perpaduan?

11. Apa pun khilafnya, kita berbalik kepada sejarah. Mereka yang terdahulu sudah menetapkan apa yang dipunyai oleh setiap bangsa yang ada di Tanah Melayu ini. Kita (Melayu) terbuka menerima kehadiran rakan kita bangsa Cina dan India dengan syarat mereka mengakui bahawa kedudukan dan hak orang Melayu/ Islam mendahului kepentingan mereka di tanah ini dan proses ini berjalan lebih daripada setengah abad.

12. Kita lihat pula isu kualiti, persaingan lebih sihat dan kebolehpasaran graduan/ mahasiswa UiTM di pasaran buruh. Khalid menyatakan gagasan membuka pengambilan ini akan dapat melahirkan graduan/ mahasiswa yang sebegitu. Suka untuk dinyatakan bahawa selama 52 tahun penubuhan UiTM, jarang sekali kita mendengar rungutan bahawa graduan/ mahasiswa UiTM tidak berkualiti, sukar mendapat kerja, tidak mampu bersaing dan sebagainya. Graduan/ mahasiswa UiTM lah yang boleh dikatakan sebagai lengkap dan serba boleh. Pun begitu, kenyataan ini tidaklah menafikan kemampuan dan keupayaan graduan/ mahasiswa keluaran IPTA yang lain cuma ingin ditegaskan UiTM berada pada kelompok dan kelasnya yang tersendiri.

13. Biarpun diasak dengan panggilan "universiti kelas dua" kerana baru sahaja menginjak 9 tahun "keuniversitiannya", UiTM tidak pernah memberikan kompromi terhadap kualiti proses pembelajaran dan pengajaran kepada mahasiswanya. Khalid dalam hujahnya membandingkan UiTM dengan UIAM yang pada perkiraannya sudah mencapai taraf antarabangsa dan graduannya berkualiti. Saya berpendapat UiTM dan UIAM berada pada aras dan tingkat yang sama dari segi kualiti graduan/ mahasiswa, apatah lagi kedua- duanya ditubuhkan dengan matlamat dan visi yang berbeza. UiTM ditubuhkan lewat 50 tahun lalu untuk menjana kekuatan pendidikan dan keupayaan ekonomi masyarakat Bumiputera serta memastikan lebih ramai golongan Melayu kelas menengah dihasilkan manakala UIAM sebagai tanda komitmen kita terhadap dunia Islam melalui OIC. Justeru, apa yang menghairankan Khalid sebenarnya? Seandainya dahulu kita menubuhkan UIAM dengan dasar sebagai sebuah universiti berteraskan pembelajaran Islam untuk keperluan sumber manusia dalam negara, saya kira USIM (dahulu KUIM) pasti tidak akan wujud pada hari ini kerana matlamat dan keperluan lebih kurang sama.

14. Saya juga merasakan bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, UiTM dan kepentingan orang Melayu sama sekali tidak boleh diberi ruang untuk kompromi. UiTM selama ini sudah menjalankan fungsinya dan telah mencapai kejayaan serta kegemilangan dengan menepati matlamat ia ditubuhkan. Menghina UiTM bererti menghina Tuanku Canselor sebagai the ultimate power of the university sekaligus menghina orang Melayu dan orang yang melakukannya perlu dikenakan tindakan sekeras- kerasnya.

15. UiTM tidak mungkin akan ada galang gantinya. Status quo yang ada pada UiTM selama ini tidak pernah menyebabkan negara atau bangsa lain tidak cukup makan malah lebih makmur dan dirahmati. Masyarakat mungkin melihat UiTM tidak lebih dariapda sekadar sebuah institusi pengajian tinggi tetapi pada UiTM lah kita sepatutnya meletakkan harapan agar ia akan terus dapat memainkan peranannya sebagai peneraju pendidikan dan terus diperkasakan. Percayalah, menggunakan alasan perpaduan untuk membuka UiTM, ia tidak akan dapat merubah apa2 melainkan meletakkan negara di dalam keadaan kacau bilau. Keterbukaan kita di Malaysia ada batasnya kerana itulah perjanjian mereka sebelum kita dahulu.

16. Semoga Khalid boleh berjumpa Tan Sri Prof. Emeritus Khoo Kay Kim untuk mempelajari sejarah dengan lebih dalam lagi atau cuba masuk ke kampus2 IPTA, belajar subjek perhubungan etnik. Amaran kepada beliau, this should be the last one. Jangan cuba membangkitkan isu seperti ini kerana ia menunjukkan kebodohan yang amat nyata. Selayaknya "Tan Sri-ship" beliau ditarik balik oleh SPB Yang Di Pertuan Agong kerana tidak menunjukkan teladan yang sewajarnya dan perilaku yang tidak semenggah sebagai seorang Dato' Menteri Besar Selangor. Sebagai seorang anak Selangor + Melayu + Islam, saya malu bermenteribesarkan anda di Selangor ini.

17. Inilah orang2 yang dikatakan akan dapat membawa perubahan dan membawa "harapan baru" untuk rakyat Malaysia. Harapan baru untuk menghancurkan anak bangsa sendiri. Terima kasih Khalid kerana berjaya membuka mata rakyat betapa manisnya janji "Parti Kelentong Rakyat (PKR)".

18. Ends.

Sunday, July 20, 2008

>>Term of Reference Keadilan di Malaysia<<

Dear all,

1. Apakah yang kita takrifkan sebagai keadilan?

2. Apakah takrifan keadilan menurut Islam?

3. Apa pula takrifan keadilan di Malaysia menurut perspektif anda?

4. Apakah yang anda boleh taakul berkenaan keadilan dengan apa yang berlaku sekarang? Adakah keadilan di Malaysia sudah tidak mengikut terma2 perlembagaan yang selama ini dijunjung dan diikat di dalam Rukunegara?

5. Saya melihat keadaan semakin jadi kacau akhir2 ini. Keadilan seolah2 diberi nafas mengikut kemahuan seseorang. Keadilan juga tidak lagi dilihat dengan terma yang sepatutnya dirujuk.

6. Masyarakat menilai keadilan itu apabila hujah diberikan oleh seseorang, bukan dengan merujuk kepada mahkamah sebagai penilai keadilan.

7. Dalam keadaan yang berlaku sekatang, seolah2 keadilan di Malaysia ini terletak di telunjuk seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang dirasakan beliau tidak adil kepada diri beliau, anak2, isteri, parti dan kroni dikategorikan sebagai tidak adil secara total. manakala masyarakat yang "mengekor" sahaja kemahuan dan kehendaknya bermati- matian mempertahankan konsep "noe- keadilan" itu.

8. Apakah juga keadilan di Malaysia sekarang perlu berkiblatkan "Parti Keadilan Rakyat" semata2?

9. Kenapa tidak Perlembagaan Malaysia dihapuskan dan diganti (reciprocate) dengan Perlembagaan parti yang satu itu? Itukan lebih baik jika begitulah "keadilan" ditakrif oleh masyarakat pada hari ini.

10. Kenapakah sekarang ia dilihat begitu? Apakah tidak lewat 10 tahun yang lalu, manusia yang satu itu turut merujuk kepada keadilan Perlembagaan Malaysia sewaktu menjadi orang nombor 2 di dalam kerajaan?

11. Isu buka baju dan pemeriksaan menjadi tajuk perbualan yang sangat tidak intelek. Mempertikai "dibogel" dan "ditelanjangkan" oleh pihak hospital bagi tujuan pemeriksaan adalah pertikaian yang sangat dangkal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

12. Saya pasti, dalam sejarah perubatan negara, bukan manusia seorang itu sahaja yang perlu menanggalkan pakaian untuk tujuan pemeriksaan malah sudah berjuta melakukan perkara yang serupa. Logiknya, apakah jenis pemeriksaan yang boleh dilakukan bersabit pertuduhan yang satu itu jika tidak dengan menanggalkan pakaian? Beliau bukan dituduh bersabit sakit kerongkong atau sakit mata. Ia pertuduhan kes yang melibatkan "tanggal baju".

13. Justeru, apa asas yang ingin diheboh- hebohkan?

14. Melainkan doktor yang memeriksa itu cuba melakukan aktiviti sama seperti pertuduhan yang disabitkan terhadap beliau, maka beliau mempunyai asas untuk membuat "heboh" seperti apa yang berlaku sekarang.

15. Kepada mereka yang masih melihat proses keadilan hanya berbekalkan air liur seorang itu, telitilah.

16. Jika keadilan dijalankan mengikut selera masing2, apalah ertinya membina negara dari tarikh kemerdekaan yang kita perolehi dahulu.