Salam,
1. Semua sudah maklum bahawa negara kita baru sahaja kehilangan seorang pejuang yang banyak memberi sumbangan di dalam bidang penulisan dan kewartawanan.
2. Beliau, tidak lain dan tidak bukan A. Samad Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad.
3. Saya secara peribadi tidaklah mengenali beliau secara dekat, begitu juga dengan karya dan penulisan beliau. Pun begitu melalui pembacaan saya mengenai beliau serta beberapa tulisan yang pernah dihasilkan, saya bersetuju untuk mengatakan beliau adalah seorang yang amat tajam dan berhemah.
4. Pemergiannya pada 4 September 2008 merupakan satu kehilangan kepada negara. Layaknya beliau juga diangkat sebagai Wira Kewartawanan Negara. Takziah kepada keluarga, sahabat handai dan kenalan rapat beliau kerana sudah terhijab pertemuan di antara kalian dengan Pak Samad di dunia ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya. Al- Fatihah.
5. Sekadar berkongsi secebis karyanya yang diterbitkan di dalam Mingguan Malaysia 1 November 1992 (dipetik dari Utusan Online):
Kawan kawan;
Dari 1939 sampai kini
Api ini tidak pernah mati
dimarakan ganti berganti
dalam chahayanya anak-anak menari
satu tangan terbakar
sejuta tangan menggengamnya
lebih erat lagi
maka keramatlah sebuah institusi
yang memahkotakan rakyat
dari generasi ke generasi.
No comments:
Post a Comment