Sunday, June 8, 2008

>>Kursus Penternakan Cacing Secara Komersil di UiTM<<

Salam semua,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Penternakan Cacing Secara Komersil di UiTM yang akan diadakan pada 15 Jun 2008 dan 6 Julai 2008, boleh menghubungi person in charge seperti iklan di bawah:


(sila klik IKLAN di atas untuk maklumat yang lebih jelas)


Maklumat juga boleh didapati di laman web UiTM >> www.uitm.edu.my


Terima kasih!!!

" PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"


Wednesday, May 14, 2008

>> Anwar & Wolfowitz ????<<


Petikan daripada Utusan Online 14 Mei 2008

Hubungan Anwar-Wolfowitz dipersoal

KUALA LUMPUR 13 Mei - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.

************************************************************************************

Comment from me:


Hmmm....Tahniah Datuk Mukhriz atas maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia! Apa lagi nak diperkatakan? Sudah terang lagi bersuluh. Tak payah la kita nak kagum sangat kalau Anwar dipilih sebagai 10 ten The Most Influential People or even The Most Wonderful Creature atas muka bumi ni. Itulah yang telah dihebahkan oleh majalah Time baru- baru ini dengan mengenepikan nama- nama besar lain seperti Tun Dr. Mahathir atau Sukarno yang selayaknya diberi tempat antara 10 ten itu.

Bukannya bila pencalonan atau komentar itu dibuat yang ingin dipersoalkan oleh kita rakyat Malaysia tetapi kenapa Wolfowitz? Kenapa tidak Karpal Singh or Nik Aziz or Lim Kit Siang sebagai teman karib perjuangan yang memberikan testimonial? Adakah nama- nama ini tidak cukup rapat atau kenal seorang insan agung bernama Anwar Ibrahim ini? Kenapa tidak diminta YB Bagan Serai yang begitu taksub dengan Anwar sehinggakan ucapan membahas titah Tuanku di Parlimen semalam turut menyelitkan betapa kononnya negara ini rugi menyingkirkan Anwar daripada kerusi empuk Prime Minister in Making?

Nampaknya keakraban Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang tidak dapat menandingi betapa rapatnya Anwar dengan Wolfowitz dari negara kuasa besar itu sehinggakan tidak diberi peluang untuk memberi testimonial buat Anwar tersayang. Kalau dilihat daripada sejarah hidup, tidak pernah pula mereka sekelas di MCKK dulu, apatah lagi ketika belajar di universiti dahulu. Mungkin ada rahsia persahabatan yang tersirna di antara kedua mereka seakan satu ikatan yang tidak akan terlerai. Mungkin juga ada "hutang" yang belum dilangsaikan antara mereka. Siapa yang berhutang dan memberi hutang tidaklah pula diketahui. Hanya Anwar dan Wolfowitz dapat menjawab persoalan ini.

Mungkin inilah persoalan- persoalan yang perlu dijawab oleh ahli- ahli Negara Kebajikan yang hanya menyokong tanpa sebarang usul periksa. Mungkin juga mereka ini tidak tahu akan fakta ini sebelum ini tetapi kenyataan perlu diterima. Pun begitu, pernyataan ini tidak pula menidakkan berlakunya kesalahan- kesalahan di pihak kerajaan yang memerintah tetapi kita melihat akan implikasi terhadap negara bertuah ini pada masa akan datang sekiranya diperintah oleh seorang yang menjadi sekutu kuat Yahudi. Tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti Palestin pula selepas ini. Bersedialah orang Melayu yang cepat sangat melatah.

Tepuk dada, pintalah ditunjuk jalan kebenaran.

Monday, May 12, 2008

>>Kisah Ketam<<

BIKIN GEMPAR lagi..!!! barangkali itulah "game" yang paling mudah dimainkan oleh si malaun Karpal Singh a.k.a Kapal Senget (KS) sorang ni dari parti DAP bila sudah tiada isu untuk diketengahkan di dalam Parlimen. Mungkin si KS ni terlalu ghairah untuk memastikan namanya ada tertulis lagi di dalam hansard parlimen atau sekurang- kurangnya ingin melepaskan rindunya terhadap bangku MP yang terpaksa ditinggalkannya beberapa tahun lalu akibat kalah di dalam percaturan pilihanraya.

Umum mengetahui KS merupakan salah seorang peguam ijazah sarjana muda kelas tiga yang hebat mutakhir ini. Sungguhpun tidak berjaya meletakkan namanya bersama rakan- rakannya yang menggenggam ijazah kelas pertama sewaktu di universiti dahulu, beliau mampu membuktikan bahawa beliau seorang graduan undang- undang yang hebat dan terkemuka. Kepetahan beliau berhujah, kelancaran mengingati fakta, kesungguhan beliau mengingati pelbagai rujukan kes serta jurnal undang- undang terdahulu amat dikagumi dan merupakan satu fenomena.

Pun begitu, perkembangan mutakhir ini menyaksikan betapa ironinya pencapaian beliau yang sangat hebat itu dengan apa yang cuba beliau tonjol dan pertahankan. Kenyataan beliau berhubung gesaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak agar pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) ditarik balik amat mencurigakan lebih- lebih lagi kenyataannya itu berhubungkait dengan kedaulatan baginda sebagai tuan punya kuasa ke atas negeri Perak dan seluruh jajahan takluk baginda. Mungkin si senget ini ingin test market kehebatan beliau beradu ilmu dengan seorang sultan berdaulat yang juga merupakan bekas ketua hakim negara suatu ketika dahulu. Mungkin juga beliau merasakan bahawa dirinya juga mempunyai daulat untuk menyanggah pula titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan.

Persoalan- persoalan yang dibangkitkan tidak mencerminkan betapa beliau tidak percaya akan kredibiliti Tuanku Mizan dalam menyampaikan titah baginda sewaktu pembukaan Parlimen ke- 12 yang lalu. Ia juga seolah- olah memberi konotasi bahawa Tuanku Mizan hanyalah seorang boneka yang senang- senang boleh diarah agar membaca sahaja teks titah yang dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri kepada baginda. Persoalan siapa yang menyediakan teks tersebut boleh disifatkan sebagai permainan budak darjah dua sahaja lagaknya. Jika begitu kiraannya, kenapa tidak beliau juga persoalkan dari dahulu lagi siapa yang menyediakan teks jawapan YB Menteri- menteri sewaktu menjawab soalan- soalan di Parlimen selama ini? Mungkin si senget ini boleh juga mempersoal siapa yang menyediakan soalan- soalan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM kerana ada rungutan bahawa soalan yang disediakan tidak menepati citarasa para pelajar yang menjawabnya. Adakah kerana titah baginda dilihat "agak kerajaan", maka baginda sebenarnya membaca titah kerajaan. Bagaimana pula jika titah baginda dilihat "agak pembangkang", adakah boleh dinilai bahawa baginda membaca titah pembangkang? Andainya situasi tersebut berlaku, maka akan dicananglah segenap tanah air bumi Malaysia ini bahawa baginda tuanku telah "smash" kerajaan atau akan keluarlah di dalam kolum lidah pembangkang, " baginda tuanku sudah tidak percayakan kerajaan". Semua taktik ini sudah boleh dibaca dan andaian- andaian sekiranya berlaku sudah lama difikirkan.

Jauh daripada itu sebenarnya, si senget sorang ni sudah lupa sejarah. Kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh mereka yang terdahulu daripadanya seolah- olah sudah dilupakan. Apakah dia tidak mempelajari sejarah atau lupa sejarah atau pura- pura lupa? Jauh daripada itu, beliau dilihat cuba bermain api dengan orang- orang Melayu di Malaysia ini. Belang yang cuba ditutup selama ini sudah tidak dapat ditutup lagi. Tidakkah dia menyedari bahawa kalau tidak kerana kontrak sosial yang diterima oleh nenek moyangnya pada masa kemerdekaan Malaya dicapai, belum tentu namanya akan disenarai sebagai apa yang diraihnya pada hari ni.Karpal..Karpal..
sama macam ketam.

Wednesday, April 30, 2008

>>parlimen kita<<













Parlimen Malaysia akhirnya berpenghuni kembali setelah beberapa purnama gelita tanpa tuan punya kerusi. Ada yang masih terselamat, ada yang dah kena kad kuning, tak kurang juga yang dah kena kad merah seperti yang semua sedia maklum. Kerusi Parlimen yang berjumlah 222 dah pun terisi selepas PRU-12, 8 Mac 2008 yang lalu.

Pun begitu, suasana parlimen kali ni jauh berbeza dengan 11 sidang parlimen sebelum ni. Ada yang cakap Malaysia dilanda "tsunami politik", ada yang cakap politik Malaysia ke arah kehancuran yang amat dahsyat dan sebagainya. tapi itulah lumrah Demokrasi Berparlimen. Everything is possible.

Berpuluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) memerintah dengan "aman" sejak tarikh Kemerdekaan Malaysia tapi tiba2 dikejutkan dengan satu siren kejutan ala2 zaman BTN dlu2 yang menyebabkan hampir semua anggota lemah, longlai...nasib baik tak lumpuh. Apa pun tafsiran yang dibuat, kenyataan harus diterima. Time changes. BN perlukan satu mekanisme yang lebih dekat dengan rakyat to win people's mind. Ahli2 Yang Berhormat dah tak boleh nak setakat pacak signboard "Pusat Khidmat Ahli Parlimen XXXX" tapi tak ada sape kat dalam opis. Pendekatan perlu lebih fokus dan mampu memenangi hati rakyat. Ini bukan bermakna YB2 BN selama ini tido tetapi ada segelintir yang dah tersengguk2 tu kena dikejutkan. This is the wake up call. YB2 perlu jadi lebih cargas dan bertenaga. Rakyat sentiasa menilai. Kerja mesti beres. Setiap isu perlu diberikan titik noktah. Bak kata seorang penjual pisang goreng di Seksyen 19 Shah Alam, "Im sick of all these issues. Please put the end point my dear MPs (Cabinet lines-up). Kami dah muak dengan never- ending issues. Semua la!!".

Mungkin ini merupakan cabaran yang cukup getir buat BN selepas tragedi 1969 yang hampir- hampir menjadikan Malaysia lumpuh dari aspek perpaduan. Kemenangan secara besar- besaran Pakatan Rakyatbukanlah kerana mereka kuat tetapi kegagalan kerajaan menangani isu- isu tempatan dengan bijak. Banyak perkara yang perlu diperhalusi dari sistem penggubalan undang, sistem penyampaian, sistem pelaksanaan hinggalah kepada sistem penerimaan oleh rakyat jelata. Pimpinan yang ada perlu melihat dari pelbagai aspek dan segmentasi pemikiran rakyat. Pola percaturan minda dan keterbukaan ruang informasi yang ada benar dan salahnya juga perlu diberi perhatian. Rakyat Malaysia bukan lagi seperti mana tahun- tahun awal internet diperkenalkan pada tahun 1990-an dahulu. Pada tahun- tahun tersebut mungkin agak canggung melihat seorang datuk bercucu dua atau seorang ayah beranak empat duduk di hadapan komputer membaca surat khabar atau membalas email tapi kini segala itu adalah fenomena biasa yang tiada canggung dan anehnya. Semua bercakap di dalam bahasa yang sama- internet. Justeru, untuk menjadi sebuah kerajaan yang disayangi rakyat, pimpinan perlu up-to-date dengan perkembangan dunia semasa dengan mengambil kira ruang- ruang lohong yang berkemungkinan akan menjadi peluang kepada kelemahan kerajaan dibogelkan tanpa belas kasihan.

Kesilapan- kesilapan yang terdahulu perlu menjadi satu "melting point" kepada kerajaan agar tidak mengulanginya. Rakyat sudah jelek dengan kebaikan kerajaan yang sering digembar- gemburkan sebagai terbaik tetapi jauh di dalamnya tersembunyi kudis yang menghantui para pengundi. Tragedi seperti ini perlu dijadikan pelantar muhasabah untuk memperbaiki segala kekurangan dengan mengambil kira bahawa ini adalah masalah bersama dan perlu ditangani secara kolektif.

Rakyat sebenarnya masih sayangkan BN tetapi tidak punya pilihan pada PRU-12 yang lalu untuk menhentak kepala- kepala batu di dalam barisan kepimpinan yang ada. Rakyat tidak boleh disalahkan dan barisan kepimpinan yang ada juga tidak boleh dibebani dengan segala musibah ini. Masih ada sinar untuk kita.Rakyat perlu diberi pemahaman yang wajar dan pemimpin perlu memberi kewajaran pemahaman itu dengan penuh hemah. Semoga strategi yang telah difikrkan wajar dan boleh difahami. selamat bertugas YB!

Monday, April 7, 2008

>>no story<<

actually aku ada byk benda nak tulis..tapi bila nak tulis jer rasa malas menjelma.
dari isu pilihanraya kepada program2 kepada kehidupan dan segala 8tvt yg aku buat rasanya nk dtulis kat ruang yang ada ni. And again i have to say..kemalasan itu menjelma bagaikan rasukan yang amat dahsyat. mungkin juga ia sebagai petunjuk aku ditakdirkan tidak boleh jadi wartawan or press sect kepada menteri tapi aku suke bab2 mengarang ni.

mungkin juga idea n ilham x menjelma di saat kemalasan menguasai diri. hahahaha....
it is great to read blog2 org lain yang rajen menulis dan memberikan pendapat sekalipun ia hanya sekadar catatan ke kedai membeli susu tepung adik sperti disuruh oleh emak yang tengah memasak kat dapur. but the opportunity doesnt come to me..huh....camne nk jadi penulis blog yg bjaya klu camni. terkubur la lagi harapanku utk jadi penulis blog yg terhebat (mcm la hebat sgt)..

Saturday, March 29, 2008

Pelancaran Catur Bistari IPT Peringkat Nasional 200

Akhirnya, program yang berminggu dirancang, diubah, dibuat, diubah balik, ditambah itu, ditolak ini, diubah sekali lagi etc etc antara Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) UiTM & Johor Corporation berjaya gak dilaksanakan hari ni.

Pasni nak kena round satu Malaya lak for the peringkat zon competition. Harap2 semua IPTA/ IPTS dapat terlibat dengan aktifnya dalam pertandingan ni. Hadiah sangat lumayan. Thanks to sponsors especially penaja utama, KFC Holdings Malaysia Berhad for the RM 100,000.00!
Its awesome!!

Thanks to everyone yang bertungkus lumus wat keje2 hingga ke saat akhir yang cukup menggerunkan bila crowd x ramai. At last we managed to handle it.

My sincere appreciation goes to:

1. Tan Sri Ali Hashim
2. Prof Nas
3. Datin Norela , Puan Nana & MEDEC's
4. Team D Siswa (Yus, Maleq, Iwan, Arif, Faizal, Hissan, Liza, Kinah, An etc etc)
5. Team Young Bistari- Puan Ruzi, Puan Linda, Puan Balkis, En Jamal etc etc
6. Pej Korporat UiTM- Puan Bo, En Hazizi, Tuan Hj, Faizal, etc etc
7. Unit Majlis- En Md Rus, En Hamzah, etc etc
8. Kelab Usahawan- Kamarul, Sub, Mahathir etc etc
9. Semua participants

Gambar2 sekitar program nanti akan diupload.
untuk keterangan lanjut pasal catur bistari ni, click link ni: http://www.caturbistari.com.my/

Friday, February 29, 2008

>>Makna Sebuah Kebahagiaan<<

Sekadar berkongsi dengan teman- teman. Thanks to Nuar for this:

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah -celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...`