BIKIN GEMPAR lagi..!!! barangkali itulah "game" yang paling mudah dimainkan oleh si malaun Karpal Singh a.k.a Kapal Senget (KS) sorang ni dari parti DAP bila sudah tiada isu untuk diketengahkan di dalam Parlimen. Mungkin si KS ni terlalu ghairah untuk memastikan namanya ada tertulis lagi di dalam hansard parlimen atau sekurang- kurangnya ingin melepaskan rindunya terhadap bangku MP yang terpaksa ditinggalkannya beberapa tahun lalu akibat kalah di dalam percaturan pilihanraya.
Umum mengetahui KS merupakan salah seorang peguam ijazah sarjana muda kelas tiga yang hebat mutakhir ini. Sungguhpun tidak berjaya meletakkan namanya bersama rakan- rakannya yang menggenggam ijazah kelas pertama sewaktu di universiti dahulu, beliau mampu membuktikan bahawa beliau seorang graduan undang- undang yang hebat dan terkemuka. Kepetahan beliau berhujah, kelancaran mengingati fakta, kesungguhan beliau mengingati pelbagai rujukan kes serta jurnal undang- undang terdahulu amat dikagumi dan merupakan satu fenomena.
Pun begitu, perkembangan mutakhir ini menyaksikan betapa ironinya pencapaian beliau yang sangat hebat itu dengan apa yang cuba beliau tonjol dan pertahankan. Kenyataan beliau berhubung gesaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak agar pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) ditarik balik amat mencurigakan lebih- lebih lagi kenyataannya itu berhubungkait dengan kedaulatan baginda sebagai tuan punya kuasa ke atas negeri Perak dan seluruh jajahan takluk baginda. Mungkin si senget ini ingin test market kehebatan beliau beradu ilmu dengan seorang sultan berdaulat yang juga merupakan bekas ketua hakim negara suatu ketika dahulu. Mungkin juga beliau merasakan bahawa dirinya juga mempunyai daulat untuk menyanggah pula titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan.
Persoalan- persoalan yang dibangkitkan tidak mencerminkan betapa beliau tidak percaya akan kredibiliti Tuanku Mizan dalam menyampaikan titah baginda sewaktu pembukaan Parlimen ke- 12 yang lalu. Ia juga seolah- olah memberi konotasi bahawa Tuanku Mizan hanyalah seorang boneka yang senang- senang boleh diarah agar membaca sahaja teks titah yang dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri kepada baginda. Persoalan siapa yang menyediakan teks tersebut boleh disifatkan sebagai permainan budak darjah dua sahaja lagaknya. Jika begitu kiraannya, kenapa tidak beliau juga persoalkan dari dahulu lagi siapa yang menyediakan teks jawapan YB Menteri- menteri sewaktu menjawab soalan- soalan di Parlimen selama ini? Mungkin si senget ini boleh juga mempersoal siapa yang menyediakan soalan- soalan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM kerana ada rungutan bahawa soalan yang disediakan tidak menepati citarasa para pelajar yang menjawabnya. Adakah kerana titah baginda dilihat "agak kerajaan", maka baginda sebenarnya membaca titah kerajaan. Bagaimana pula jika titah baginda dilihat "agak pembangkang", adakah boleh dinilai bahawa baginda membaca titah pembangkang? Andainya situasi tersebut berlaku, maka akan dicananglah segenap tanah air bumi Malaysia ini bahawa baginda tuanku telah "smash" kerajaan atau akan keluarlah di dalam kolum lidah pembangkang, " baginda tuanku sudah tidak percayakan kerajaan". Semua taktik ini sudah boleh dibaca dan andaian- andaian sekiranya berlaku sudah lama difikirkan.
Jauh daripada itu sebenarnya, si senget sorang ni sudah lupa sejarah. Kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh mereka yang terdahulu daripadanya seolah- olah sudah dilupakan. Apakah dia tidak mempelajari sejarah atau lupa sejarah atau pura- pura lupa? Jauh daripada itu, beliau dilihat cuba bermain api dengan orang- orang Melayu di Malaysia ini. Belang yang cuba ditutup selama ini sudah tidak dapat ditutup lagi. Tidakkah dia menyedari bahawa kalau tidak kerana kontrak sosial yang diterima oleh nenek moyangnya pada masa kemerdekaan Malaya dicapai, belum tentu namanya akan disenarai sebagai apa yang diraihnya pada hari ni.Karpal..Karpal..
sama macam ketam.
No comments:
Post a Comment