Thursday, December 8, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam



1. Akhirnya, penantian sekian lama terungkai jua. Apa yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri telah dikota. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerjah ke segenap jiwa penjawat awam setelah sekian lama "disimpan" kemas, hasil kajian dan semakan ke atas Sistem Saraan Malaysia (SSM).

2. SBPA tampil dengan wajah perkhidmatan awam yang baru dan segar berdasarkan lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif.

3. Di samping itu, ia akan dilaksanakan melalui enam strategi iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision).

4. Seperti biasa, semakan sistem saraan akan disertakan dengan elemen yang menjadi tumpuan ramai - skala gaji. SBPA akan memperuntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi; manakala Jadual Gaji Sebaris diperkenalkan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

5. Apa pun, nak ulas panjang rasanya dah banyak entri blog, facebook serta media arus perdana mahupun alternatif telah memberikan komentar yang bagus dan membina (ada juga yang dangkal dan tidak berasas). Yang penting opsyen oleh penjawat awam melalui SBPA ini - terima atau tidak. Penjawat awam perlulah bijak memilih dan membuat keputusan untuk diri sendiri kerana tiada istilah "no turning back" menjelang 30 Disember 2011.

6. Intipati mengenai SBPA ini boleh diperolehi melalui pautan ini.

7. Manakala perincian pekeliling pula boleh diperolehi melalui pautan ini.

8. Ada yang merungut sebab jadual gaji tidak disertakan di dalam pekeliling tersebut. Di sini saya sertakan snapshot jadual gaji bagi perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Bagi yang lain-lain skim, sukacita saya memetik nota di laman web JPA : "Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C."

Jadual Gaji Sebaris Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

 9. Selamat melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan produktif. SBPA bukan hanya mengenai gaji, ia mengenai kita, negara dan rakyat. Gaji yang lebih baik untuk perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mampu meningkatkan produktiviti. Elemen "carrot and stick" akan menjadi falsafah utama pelaksanaan SBPA ini. Yang cemerlang kita raikan seadanya dan yang kurang produktif, kita harapkan dapat berubah atau anda diminta keluar dari sistem perkhidmatan awam secara terhormat.

10. Apa pun yang berlaku, anda yang menentukannya.













No comments: