Tuesday, August 12, 2008

>>Bila Pemimpin Hilang Akal<<

Dear all,

1. I've been talking about this "super- mad MB" in my previous post.

2. Baru- baru beliau bikin gempar lagi satu Malaya dengan idea tentang pembukaan 10% peratus pengambilan UiTM dibuka kepada non- Bumi.

3. Saya tidak faham dengan idea dan cadangan yang langsung tidak rasional.

4. Beliau memberikan alasan media memutar-belitkan cerita di sana- sini. Pun begitu, jika semua media melaporkan agenda yang sama, apakah secara tidak langsung beliau mempertikai kredibiliti pengamal media seolah2 tidak pandai menjalankan tugas?

5. Saya kurang pasti apakah matlamat permainan beliau kali ini. Selepas satu, satu lagi isu hangat cuba diketengahkan. Ia secara tidak langsung juga menunjukkan bahawa kedudukan beliau sebagai orang nombor satu di Selangor sudah membereskan kerja serta tugas di SUK itu. Atau mungkin juga Selangor sudah tidak punya masalah. Tiada isu. Hebat penangan Menteri Besar seperti ini!! (padahal beliau sememangnya mungkin tidak tahu kerja apa yang perlu dilakukan).

6. Saya secara peribadi, tidak boleh menerima cadangan ini lebih2 lagi daripada seorang yang dikategorikan sebagai Melayu dan Islam di negara ini. Pembukaan 10% kepada non- Bumi sebenarnya boleh diertikan sebagai menempah keranda kepada orang Melayu!

7. Apa masalahnya dengan beliau ini? Parameter dan kayu ukur sebagai asas penghujahan beliau juga kabur. Menggunakan alasan dan isu perpaduan, kualiti, persaingan yang lebih sihat, dan kebolehpasaran mahasiswa UiTM menunjukkan bahawa beliau ini seorang yang buta dan tidur. Mungkin orang di sekeliling beliau juga turut buta dan tidur kerana memberikan maklumat yang jauh panggang dari api.

8. Kesemua alasan yang diberikan jauh menggambarkan apa yang dimiliki oleh seorang graduan/ mahasiswa UiTM. Jika isu perpaduan dibangkitkan, apakah bukti2 yang menunjukkan bahawa graduan/ mahasiswa UiTM seorang yang tidak faham akan erti perpaduan? Apakah dengan pergaulan dengan non- Bumi sudah cukup untuk memberikan pemahaman tentang betapa perpaduan itu diukur di kampus2? Memang tidak dinafikan kepentingannya tetapi apakah bukti yang menyatakan graduan/ mahasiswa UiTM tidak mempunyai semangat perpaduan?

9. Jika dilihat di kampus2 yang sedia ada dibuka kepada masyarakat non- Bumi di luar sana, apakah tema dan elemen perpaduan menjadi teras kepada semangat mereka hidup di universiti berkenaan? Kita masih dapat lihat, orang cina masih dengan sikap dan tema perpaduan di kalangan mereka sahaja, begitu juga india dan tidak kurang juga melayu. Kumpulan belajar (group study) sebagai contoh, masih berlabelkan perkauman. Jika Khalid boleh tampilkan bukti bahawa wujud kumpulan2 seperti ini yang menjadi amalan masyarakat kampus IPTA secara majoriti, maka betullah andaian beliau. Isu perpaduan sudah selesai di kampus IPTA lain, maka UiTM perlu berubah.

10. Pun begitu, saya yakin bahawa Khalid hanya akan menemui kekesalan apabila beliau menyahut cabaran ini. Isu perpaduan dalam konteks itu hanyalah mainan di bibir sahaja. Saya bercakap secara realistik bukannya retorik. Jika isu perpaduan di antara ras dan bangsa menjadi persoalan, UiTM bukan kambing hitamnya. Beliau perlu bercakap dengan Menteri Pelajaran agar tema perpaduan dipupuk sedari kecil lagi. Bukan itu sahaja, beliau juga perlu bercakap dengan Menteri Pelajaran dahulu, Dato' Seri Najib bahawa beliau amat menyokong dan yakin untuk terus memperkasakan sekolah wawasan. Beliau juga perlu bercakap dengan pemimpin2 Cina dan India agar sekolah vernakular atau Jenis Kebangsaaan perlu dihapuskan bagi membugar tema perpaduan di antara kita di Malaysia ini. Namun apa yang kita dapat sehingga kini hanyalah tentangan daripada pemimpin Cina dan India agar sistem sekolah sebegini dikekalkan. Apakah ini namanya perpaduan?

11. Apa pun khilafnya, kita berbalik kepada sejarah. Mereka yang terdahulu sudah menetapkan apa yang dipunyai oleh setiap bangsa yang ada di Tanah Melayu ini. Kita (Melayu) terbuka menerima kehadiran rakan kita bangsa Cina dan India dengan syarat mereka mengakui bahawa kedudukan dan hak orang Melayu/ Islam mendahului kepentingan mereka di tanah ini dan proses ini berjalan lebih daripada setengah abad.

12. Kita lihat pula isu kualiti, persaingan lebih sihat dan kebolehpasaran graduan/ mahasiswa UiTM di pasaran buruh. Khalid menyatakan gagasan membuka pengambilan ini akan dapat melahirkan graduan/ mahasiswa yang sebegitu. Suka untuk dinyatakan bahawa selama 52 tahun penubuhan UiTM, jarang sekali kita mendengar rungutan bahawa graduan/ mahasiswa UiTM tidak berkualiti, sukar mendapat kerja, tidak mampu bersaing dan sebagainya. Graduan/ mahasiswa UiTM lah yang boleh dikatakan sebagai lengkap dan serba boleh. Pun begitu, kenyataan ini tidaklah menafikan kemampuan dan keupayaan graduan/ mahasiswa keluaran IPTA yang lain cuma ingin ditegaskan UiTM berada pada kelompok dan kelasnya yang tersendiri.

13. Biarpun diasak dengan panggilan "universiti kelas dua" kerana baru sahaja menginjak 9 tahun "keuniversitiannya", UiTM tidak pernah memberikan kompromi terhadap kualiti proses pembelajaran dan pengajaran kepada mahasiswanya. Khalid dalam hujahnya membandingkan UiTM dengan UIAM yang pada perkiraannya sudah mencapai taraf antarabangsa dan graduannya berkualiti. Saya berpendapat UiTM dan UIAM berada pada aras dan tingkat yang sama dari segi kualiti graduan/ mahasiswa, apatah lagi kedua- duanya ditubuhkan dengan matlamat dan visi yang berbeza. UiTM ditubuhkan lewat 50 tahun lalu untuk menjana kekuatan pendidikan dan keupayaan ekonomi masyarakat Bumiputera serta memastikan lebih ramai golongan Melayu kelas menengah dihasilkan manakala UIAM sebagai tanda komitmen kita terhadap dunia Islam melalui OIC. Justeru, apa yang menghairankan Khalid sebenarnya? Seandainya dahulu kita menubuhkan UIAM dengan dasar sebagai sebuah universiti berteraskan pembelajaran Islam untuk keperluan sumber manusia dalam negara, saya kira USIM (dahulu KUIM) pasti tidak akan wujud pada hari ini kerana matlamat dan keperluan lebih kurang sama.

14. Saya juga merasakan bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, UiTM dan kepentingan orang Melayu sama sekali tidak boleh diberi ruang untuk kompromi. UiTM selama ini sudah menjalankan fungsinya dan telah mencapai kejayaan serta kegemilangan dengan menepati matlamat ia ditubuhkan. Menghina UiTM bererti menghina Tuanku Canselor sebagai the ultimate power of the university sekaligus menghina orang Melayu dan orang yang melakukannya perlu dikenakan tindakan sekeras- kerasnya.

15. UiTM tidak mungkin akan ada galang gantinya. Status quo yang ada pada UiTM selama ini tidak pernah menyebabkan negara atau bangsa lain tidak cukup makan malah lebih makmur dan dirahmati. Masyarakat mungkin melihat UiTM tidak lebih dariapda sekadar sebuah institusi pengajian tinggi tetapi pada UiTM lah kita sepatutnya meletakkan harapan agar ia akan terus dapat memainkan peranannya sebagai peneraju pendidikan dan terus diperkasakan. Percayalah, menggunakan alasan perpaduan untuk membuka UiTM, ia tidak akan dapat merubah apa2 melainkan meletakkan negara di dalam keadaan kacau bilau. Keterbukaan kita di Malaysia ada batasnya kerana itulah perjanjian mereka sebelum kita dahulu.

16. Semoga Khalid boleh berjumpa Tan Sri Prof. Emeritus Khoo Kay Kim untuk mempelajari sejarah dengan lebih dalam lagi atau cuba masuk ke kampus2 IPTA, belajar subjek perhubungan etnik. Amaran kepada beliau, this should be the last one. Jangan cuba membangkitkan isu seperti ini kerana ia menunjukkan kebodohan yang amat nyata. Selayaknya "Tan Sri-ship" beliau ditarik balik oleh SPB Yang Di Pertuan Agong kerana tidak menunjukkan teladan yang sewajarnya dan perilaku yang tidak semenggah sebagai seorang Dato' Menteri Besar Selangor. Sebagai seorang anak Selangor + Melayu + Islam, saya malu bermenteribesarkan anda di Selangor ini.

17. Inilah orang2 yang dikatakan akan dapat membawa perubahan dan membawa "harapan baru" untuk rakyat Malaysia. Harapan baru untuk menghancurkan anak bangsa sendiri. Terima kasih Khalid kerana berjaya membuka mata rakyat betapa manisnya janji "Parti Kelentong Rakyat (PKR)".

18. Ends.

9 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara,

You are exactly right! Semoga Selangor kembali ke Era Kegemilangan seperti sebelumnya. Apalah beza air 20m3 tu kalo nak dibangdingkan dgn UiTM.

Hapuskan BABI-BABI PKR! Especially di Sepang!

fushairie said...

Salam neomick,

terima kasih atas pandangan.
teruskan agenda pertahankan bangsa.

mesin.taip said...

the way we perceived thing is different kan....ko ada ideologi ko...dan aku plak ada pendapat aku...

in this case...aku tak agree langsung ngan pendapat ko...

aku tatau kenapa...tapi aku masih merasakan bahawa tidak salah kalau uitm ini dibuka kpd bangsa len...

TQ

Anonymous said...

apa jua pandangan bukan isu
tetapi asas dan hujah dalam mengemukakan pandangan akan membezakan daya pemikiran kita.

Anonymous said...

Mesin.masa,

"aku tatau kenapa...tapi aku masih merasakan bahawa tidak salah kalau uitm ini dibuka kpd bangsa len..."

How do you make decision without knowing the consequences?

I recommend that we should "investigate" rather than "perceive."

Do not underestimate your brain by letting your conscientious controls you.

mesin.taip said...

Mr anon,

ok2...

takyahlah kita nak gadoh2 pasal menda ni...

kita bukan penggubal dasar...kita juga bukanlah org yg berkuasa utk mengubah polisi uitm...so, tak yah lah kita nak bertegang urat kat sini...let them make their decisions...

apa yg baik...teruskan...apa yg tidak...kita stop...

cuma...apa yg aku nak kesalkan kat sini adalah mengapa menda ni sengaja diperbesar2kan???

jawapannya mudah jer...kerna org yg mencadangkan usul tu adalah seorang yg bernama khalid ibrahim...

cuba kalau namanya adalah mahathir mohamad ker...takpun ungku aziz ke...ataupun abdullah badawi ker...

situasinya tentu berbeza...tentu kita tak akan menyalak sampai camni skali kan??

remember 2001, mahathir penah bg cadangan ni??? abu shah relaks jer time tu kan???

apa suma tuh...???

Anonymous said...

Mesin.masa,

Firstly aku nak appologize la kalo ko igt aku nak cari gaduh.

Aku cuma nak sedarkan org melayu like Tun once said: Melayu Mudah Lupa.

Kalo ada apa yang aku lupa you are free to tegur aku. Nothing to be ashamed of. We are just human. Making mistakes and being forgetful is part of human life.

You are right. Kita bukan penggubal dasar mahupun bukan penggubal polisi UiTM, tapi kalo majoriti mempercayai benda yang salah itu betul, maka akan susah untuk ia di perbetulkan di kemudian hari.

Tiada salah di Malaysia ini untuk kita menyuarakan pendapat atau hasrat tetapi biarlah ia berasas. Jangan disebabkan mulut, badan yang binasa. Dan janganlah bakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk.

Ada byk lagi penyelesaian yang lebih rasional boleh di ambil kira.

Adakah kita ini (Melayu) sudah cukup kaya untuk memberikan hak kita kepada org lain? Soalan ini selalu kita lupa bila kita sudah senang sedikit.

Try to look or foreseen on the consequences and always ask yourself: Kalo aku buat ni apa akan jadi? Kalo aku tak buat pulak, jadi apa?

Memang mudah untuk kita luahkan perasaan kita berdasarkan gerak hati, tetapi kita kene belajar untuk mengawalnya.

About Mahathir pernah cadangkan seperti yang dicadangkan oleh Khalid, aku tak pernah dengar pulak. Dalam google pun takde any article mention pasal ni. Hope you can show me some light in the tunnel.

"Jangan tembak sebelum semak" - Dr. Koh Tsu Koon

mesin.taip said...

Mr anon di atas....

sudah ko..aku tau ko adalah lulu lalula....

sud....sud...sud....sudah!!!!

mesin.taip said...

"Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu."

- dipetik dari chedet.com