Friday, July 4, 2008

>>Anwar by Che Det<<

Dear all,

1. Akhirnya Y.A.Bhg. Tun Dr. M memberikan komen beliau tentang makhluk tuhan yang satu itu.

2. Adakah hukuman terdahulu itu satu kesilapan dan kesalahan dalam bentuk tuduhan yang dilakukan oleh kerajaan (Perdana Menteri) pada ketika itu?

3. Memang begitu rentak tari makhluk tuhan yang satu itu. Perang politik dan psikologinya telah lama dapat dibaca. Begitu juga dengan barisan Penipu Rakyat (PR) yang satu itu juga.

4. Seandainya kalah dalam pilihanraya (sebelum PRU-12 ini), SPR dikatakan tidak telus, rasuah, berat sebelah, tidak adil dan lain2.

5. Sebaliknya selepas kemenangan (PRU-12), tidak pernah pula tersiar di mana- mana media (arus perdana) waima di media alternatif sekalipun, ucapan terima kasih dan "good job" kepada SPR dilafazkan oleh mereka.

6. Adil sungguh dunia mereka itu.

7. Teruskan menanti kesudahan sandiwara makhluk tuhan yang satu itu.

8. Biar masa menentukan.

9. Teruskan membaca di www.chedet.com

Tuesday, July 1, 2008

> > Anwar & Amerika (Lagi..???)< <

Dear all,

1. Dulu, bila kita bercerita tentang penglibatan Anwar dengan Amerika, ramai yang cakap kita bohong. Konon2nya Anwar merupakan pejuang bangsa yang sejati.

2. Dulu, bila kita bercerita pasal hubungan baik Anwar dengan Wolfowitz dan World Bank pun orang cakap kita buat2 cerita. Siap ada gambar pun orang tak percaya. Again, orang masih menganggap Anwarlah manusia paling suci di dunia ini.

3. Dulu, bila tuduhan salahlaku disabitkan terhadap Anwar, orang masih menyalahkan kerajaan tentang itu dan ini. Here and there. Kerajaan menzalimi Anwar. Kerajaan (Perdana Menteri) telah menyalahgunakan kuasa untuk menjatuhkan Anwar. Kononnya Anwar telah menjalankan tugas dengan baik sekali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

4. Dulu, bila kita bercerita tentang pengkhiatan Anwar kepada negara berkenaan dengan Bank Dunia semasa gawat, orang tetap tidak mempercayainya. Orang kata Perdana Menteri Malaysia jahat. Perdana Menteri Malaysia zalim. Kerajaan Malaysia tidak mengenang budi dan sebagainya.


5. Hari ini, setelah 10 tahun berlalu, kita masih bercerita tentang orang yang sama tetapi dengan nada yang sedikit berbeza.

6. Hari ini, dia dituduh melakukan suatu salahlaku itu terhadap pembantunya dan siasatan dilakukan oleh pihak polis. Namun, kita tetap dimomokkan dengan cerita dan sandiwara yang sama.

7. Hari ini, sebelum itu, Mahathir, Najib, dan beberapa pemimpin negara dikaitkan dengan beberapa isu yang tidak kurang hebat api panasnya, tidak ada mana- mana negara di dunia ini yang sibuk mempertahankan individu2 ini dengan apa jua alasan yang mungkin boleh dicipta.

8. Hari ini, anehnya, tatkala Anwar dikaitkan dengan tuduhan itu, Amerika dengan entah mana datangnya mengeluarkan kenyataan mempertahankan beliau sebagai orang yang dituduh dengan motif politik.

9. Apakah tuduhan terhadap Mahathir, Najib dan individu2 lain itu tiada motif politik?

10. Apakah lebihnya Anwar berbanding stateman yang lain?

11. Apakah kita tidak tertanya tentang perkara ini?

12. Apa kata anda?


link berguna : http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1535493


Sunday, June 29, 2008

>>P K R<<

1. Apa saja la ngan Parti Kelentong Rakyat (PKR) satu ni. Mcm2 isu timbul sejak akhir2 ni. dari satu isu yang tak semenggah mana sampai la isu yang menggemparkan sehari dua ni. ari tu heboh pasal pakatan Menteri Besar Selangor dengan duit2 sponsor meraikan 100 hari Kedukaan Rakyat Selangor mendapat kerajaan baru. Apa pun, kesian dengan Dato Hassan Ali yang menjadi pengerusi penganjur. Penat dia mengatur segala- gala persiapan, tup tup geng Menteri Besar & PKR gi jaja kutip sponsor yang masuk ke dalam akaun PKR. Apa cer? Yang ironinya, boleh pulak orang yang menjadi tulang belakang penganjuran tak tahu- menahu pasal aktiviti kutip- kutip ni dan lebih malang lagi, ia tidak disalurkan ke akaun yang sepatutnya.

2. Kalau dituruti kisah2 Penipu Rakyat (PR) sejak "berjaya" menipu rakyat di Selangor ni memang kelakar. Masing- masing punyai agenda yang tersendiri dan ingin menunjuk siapa lebih berjaya "make-up" isu dan kemudian berpura- pura menjuarai isu- isu tersebut walhal rakyat sedikit pun tidak merasakan isu tersebut sepatutnya dihebohkan.

3. Memetik kata- kata Tan Sri Khalid sebagai berkata, "Kita telah jelaskan kepada Dr. Hassan, saya rasa dia menerima penjelasan itu dan kita kena bekerja bersama untuk menyelesaikan isu ini.

4. Alangkah mudahnya menjelaskan selepas melakukannya tanpa restu. Alangkah mudahnya juga seperti sudah menabur fitnah kemudian menarik balik kata- kata dan tidak mustahil nanti apabila keluar kenyataan yang menyebabkan pergaduhan kaum, mereka ini dengan rasa tidak bersalahnya "meminta maaf" di atas keterlanjuran perkataan- perkataan yang telah diucapkan.
Sememangnya mereka ini sangat mengambil mudah dalam perkara- perkara sebegini.

5. Seandainya saya berada di tempat Dato Hassan Ali, tiada maaf bagimu Tan Sri. Kepercayaan yang diberi oleh PAS disalahguna tanpa sebarang rasa bersalah. Mungkin ini juga petanda awal bahawa sebenarnya PKR langsung tidak memerlukan PAS di dalam mentadbir negeri terkaya di Malaysia ini. Keberadaan PAS di dalam PKR hanyalah sekadar memenuhi syarat membentuk sebuah kerajaan yang amat diidamkan oleh mereka. Siapa yang tidak mahu menjadi Raja di Bangunan SUK Negeri Selangor? Hanya orang bodoh dan gila sahaja yang tidak mahu. Sekali lagi, PAS diketepikan oleh PKR.

6. Inilah dia lakonan- lakonan Penipu Rakyat yang disuapkan dan dimomokkan kepada kita untuk kita percaya dan yakin bahawa mereka ini memperjuangkan apa yang rakyat minta. Sebaliknya, ia hanya diminta oleh kroni- kroni kepartian mereka sahaja. Selayaknya kita menilai mereka ini sebagai orang- orang yang tidak beretika dan tidak mengenang budi.

7. Sudah tiba masanya rakyat menilai untuk 100 hari seterusnya. Mungkin ada yang akan meninggalkan Bangunan SUK sekaligus keluar dari kepompong barisan Penipu Rakyat yang sekadar menjadi boneka kepada God- Father yang isunya lebih hangat daripada biasa sekarang ini.

8. Tidak perlu dimegah- megahkan dengan manifesto yang tidak berpijak di bumi yang nyata tempoh hari. Sekadar manifesto untuk mengaburi mata rakyat dan apabila dituntut akan pelaksanaannya, jawapan yang diberi tetap sama- Kerajaan tidak cukup peruntukan.

9. Tepuk dada, nilai sendiri.

Sunday, June 22, 2008

>>Ayat- Ayat Cinta<<<


Dear all,

Standing ovation buat filem Ayat- Ayat Cinta dari Indonesia. Filem yang diadaptasi dari "Best Selling Novel", menggunakan tajuk yang sama, karya Habiburrahman El Shirazy, seorang pengkarya dari Indonesia yang cukup aktif menulis dengan kisah- kisah bercorak keagamaan.

Karya ini kemudiannya diterjemah ke dalam bentuk filem oleh Hanung Bramantyo dengan penuh ekpresi cinta menurut Islam. It was superb and really damn good! Dibintangi oleh by Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri, Zaskia Adya Mecca, dan Melanie Putria. Klik untuk ke official web site Ayat- Ayat Cinta.

Citer ni antara lain mengisahkan seorang pemuda bernama Fahri yang sedang belajar di Al- Azhar, Mesir dan menjadi "jejaka pujaan" ramai wanita di sana. Citer ni jugak memberikan sisi lain erti poligami dalam Islam. Ada sebabnya ia dibenarkan di dalam Islam dan filem ni akan memberikan anda salah satu jawapannya. Bukan semua wanita suka dimadukan tetapi bagaimana pula bagi wanita yang mendesak suaminya berkahwin lain kerana dia tahu akan kemanisan iman dan hikmah di sebalik perkahwinan itu walaupun kadangkala ada terdetik rasa cemburu.


Citer ni memang best and tak rugi rasanya membayar harga tiket setakat RM10 sebab nilai filem ni mungkin RM30 pada masa anda menontonnya nanti. So apa lagi, pegila carik mana2 panggung wayang yang menayangkan filem ni. Cadangan tempat: Cathay Cineleisure Damansara. Seriyes best....


ps: Citer Made of Honor pun best gak tapi malas nk wat review.




Monday, June 9, 2008

>>Tun Salleh Abbas by Chedet<<

Sekadar berkongsi dengan apa yang dicoretkan oleh Yang Amat Berbahagian Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam blognya berkenaan dengan kes Tun Salleh Abbas. Check it out guys...!!! The hidden is revealed.


click www.chedet.com

selamat membaca!!!

Sunday, June 8, 2008

>>Kursus Penternakan Cacing Secara Komersil di UiTM<<

Salam semua,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Penternakan Cacing Secara Komersil di UiTM yang akan diadakan pada 15 Jun 2008 dan 6 Julai 2008, boleh menghubungi person in charge seperti iklan di bawah:


(sila klik IKLAN di atas untuk maklumat yang lebih jelas)


Maklumat juga boleh didapati di laman web UiTM >> www.uitm.edu.my


Terima kasih!!!

" PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"


Wednesday, May 14, 2008

>> Anwar & Wolfowitz ????<<


Petikan daripada Utusan Online 14 Mei 2008

Hubungan Anwar-Wolfowitz dipersoal

KUALA LUMPUR 13 Mei - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.

************************************************************************************

Comment from me:


Hmmm....Tahniah Datuk Mukhriz atas maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia! Apa lagi nak diperkatakan? Sudah terang lagi bersuluh. Tak payah la kita nak kagum sangat kalau Anwar dipilih sebagai 10 ten The Most Influential People or even The Most Wonderful Creature atas muka bumi ni. Itulah yang telah dihebahkan oleh majalah Time baru- baru ini dengan mengenepikan nama- nama besar lain seperti Tun Dr. Mahathir atau Sukarno yang selayaknya diberi tempat antara 10 ten itu.

Bukannya bila pencalonan atau komentar itu dibuat yang ingin dipersoalkan oleh kita rakyat Malaysia tetapi kenapa Wolfowitz? Kenapa tidak Karpal Singh or Nik Aziz or Lim Kit Siang sebagai teman karib perjuangan yang memberikan testimonial? Adakah nama- nama ini tidak cukup rapat atau kenal seorang insan agung bernama Anwar Ibrahim ini? Kenapa tidak diminta YB Bagan Serai yang begitu taksub dengan Anwar sehinggakan ucapan membahas titah Tuanku di Parlimen semalam turut menyelitkan betapa kononnya negara ini rugi menyingkirkan Anwar daripada kerusi empuk Prime Minister in Making?

Nampaknya keakraban Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang tidak dapat menandingi betapa rapatnya Anwar dengan Wolfowitz dari negara kuasa besar itu sehinggakan tidak diberi peluang untuk memberi testimonial buat Anwar tersayang. Kalau dilihat daripada sejarah hidup, tidak pernah pula mereka sekelas di MCKK dulu, apatah lagi ketika belajar di universiti dahulu. Mungkin ada rahsia persahabatan yang tersirna di antara kedua mereka seakan satu ikatan yang tidak akan terlerai. Mungkin juga ada "hutang" yang belum dilangsaikan antara mereka. Siapa yang berhutang dan memberi hutang tidaklah pula diketahui. Hanya Anwar dan Wolfowitz dapat menjawab persoalan ini.

Mungkin inilah persoalan- persoalan yang perlu dijawab oleh ahli- ahli Negara Kebajikan yang hanya menyokong tanpa sebarang usul periksa. Mungkin juga mereka ini tidak tahu akan fakta ini sebelum ini tetapi kenyataan perlu diterima. Pun begitu, pernyataan ini tidak pula menidakkan berlakunya kesalahan- kesalahan di pihak kerajaan yang memerintah tetapi kita melihat akan implikasi terhadap negara bertuah ini pada masa akan datang sekiranya diperintah oleh seorang yang menjadi sekutu kuat Yahudi. Tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti Palestin pula selepas ini. Bersedialah orang Melayu yang cepat sangat melatah.

Tepuk dada, pintalah ditunjuk jalan kebenaran.