Friday, July 26, 2013

Kembara Nur Ramadhan PIMPIN


Salam.

Persatuan Alumni MPPUiTM (PIMPIN) sekali lagi menganjurkan Kembara Nur Ramadhan pada tahun ini sebagai salah satu pengisian program Persatuan setiap kali tibanya Ramadhan. Insya Allah pada pagi ini, 27 Julai 2013 (Sabtu), sebanyak empat buah rumah anak yatim/orang miskin akan disinggahi untuk menyalurkan bantuan yang diterima daripada insan-insan yang prihatin. Doakan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.



Lagi update mengenai program ini boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Alumni-Majlis-Perwakilan-Pelajar-UiTM-PIMPIN/192374144161719?hc_location=timeline 

Monday, July 22, 2013

Repost -- Memuaskan Hati (30 Jun 2009)


Pasca PRU-13 menyaksikan pelbagai drama. Ada yang gembira, ada yang sugul. Pokok cerita berkenaan kepuasan dan memuaskan. Sungguh. Memuaskan hati semua orang adalah kekangan yang sukar dilaksana. Mendamaikan hati semua orang adalah kemustahilan yang pasti.

Melihat perkembangan mutakhir. Ingin sekali berkongsi coretan lama ini.
http://perjalananyangjauh.blogspot.com/2009/06/memuaskan-hati.html

Salam hormat.

Sunday, July 21, 2013

Kunjungan




Sekadar melepaskan rindu. Lama sudah tidak menulis di layar ini.
Harap masih ada yang sudi menyapa, singgah sebentar.

Berkunjung di remang Ramadhan 1434H.
Salam.

Saturday, June 9, 2012

Tugas Baharu


Gambar sekadar hiasan - ihsan google.com

1. 16 November 2011 - tanggal yang membawa dimensi baharu dalam kitaran kerjaya sejak tujuh bulan lalu. Satu kepercayaan dan amanah yang cukup dihargai.

2. Semoga perjalanan yang jauh ini diberkati dan dipenuhi dengan ilmu. Agar semakin tunduk tatkala menghadap Pemilik Segala Ilmu.

Amin.

Thursday, December 8, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam



1. Akhirnya, penantian sekian lama terungkai jua. Apa yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri telah dikota. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerjah ke segenap jiwa penjawat awam setelah sekian lama "disimpan" kemas, hasil kajian dan semakan ke atas Sistem Saraan Malaysia (SSM).

2. SBPA tampil dengan wajah perkhidmatan awam yang baru dan segar berdasarkan lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif.

3. Di samping itu, ia akan dilaksanakan melalui enam strategi iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision).

4. Seperti biasa, semakan sistem saraan akan disertakan dengan elemen yang menjadi tumpuan ramai - skala gaji. SBPA akan memperuntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi; manakala Jadual Gaji Sebaris diperkenalkan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

5. Apa pun, nak ulas panjang rasanya dah banyak entri blog, facebook serta media arus perdana mahupun alternatif telah memberikan komentar yang bagus dan membina (ada juga yang dangkal dan tidak berasas). Yang penting opsyen oleh penjawat awam melalui SBPA ini - terima atau tidak. Penjawat awam perlulah bijak memilih dan membuat keputusan untuk diri sendiri kerana tiada istilah "no turning back" menjelang 30 Disember 2011.

6. Intipati mengenai SBPA ini boleh diperolehi melalui pautan ini.

7. Manakala perincian pekeliling pula boleh diperolehi melalui pautan ini.

8. Ada yang merungut sebab jadual gaji tidak disertakan di dalam pekeliling tersebut. Di sini saya sertakan snapshot jadual gaji bagi perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Bagi yang lain-lain skim, sukacita saya memetik nota di laman web JPA : "Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C."

Jadual Gaji Sebaris Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

 9. Selamat melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan produktif. SBPA bukan hanya mengenai gaji, ia mengenai kita, negara dan rakyat. Gaji yang lebih baik untuk perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mampu meningkatkan produktiviti. Elemen "carrot and stick" akan menjadi falsafah utama pelaksanaan SBPA ini. Yang cemerlang kita raikan seadanya dan yang kurang produktif, kita harapkan dapat berubah atau anda diminta keluar dari sistem perkhidmatan awam secara terhormat.

10. Apa pun yang berlaku, anda yang menentukannya.













Sunday, November 13, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam






sekadar gambar - bukan gambar/preview rasmi mengenai SBPA
 1. YAB Perdana Menteri telah pun memaklumkan beberapa perkara penting sewaktu pembentangan Bajet 2012. Salah satu daripada perkara tersebut adalah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau singkatannya SBPA yang mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;


Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

JPA akan memaklumkan perincian mengenai SBPA ini tidak lama lagi. Ramai yang tidak sabar nak tahu dengan lebih lanjut. Tidak kurang juga yang "cuba-cuba" buat simulasi gaji berdasarkan ucapan YAB PM tersebut.

Sabar ye tuan-tuan dan puan-puan!
=)





Saturday, September 3, 2011

Berikan Perspektif

Salam semua,



1. Kita sering berbicara tentang itu dan ini dalam pelbagai isu. Baik politik, ekonomi, sosial, pendidikan mahupun teknologi. Percambahan idea dan manipulasi pendapat yang diberikan berlegar-legar dalam konteks yang tiada tempat bergantung.

2. Kenapa tidak berikan perspektif untuk idea dan pendapat tersebut? Lebih mudah untuk difahami dan dicerap oleh persekitaran.

3. Perspektif itu perlu.